[VIDEO] Korea jaring penalti tapi jersi JDT curi perhatian dunia


  • Podium
  • Ahad, 21 Jan 2024

Penyokong Korea Selatan (paling kanan) menyarung jersi JDT di Piala Asia 2023.

KEHANGATAN Piala Asia 2023 diteruskan dengan pelbagai cerita-cerita menarik tercoret dari bumi Qatar.

Antara yang menarik adalah kemenangan 2-1 Iraq ke atas Jepun yang sekali gus membantu Singa Mesapotamia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Itu cerita di padang, kisah yang berlaku dekat tempat duduk penonton juga menarik perhatian, sekurang-kurangnya untuk penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).

Hal ini kerana, seorang penyokong telah membuatkan jersi JDT 'mendonia' dan individu itu bukanlah penyokong Malaysia!

BACA LAGI: Dalam diam, Daud Bakar berjaya tarik jenama makanan tersohor ke Darul Aman

Detik terpampangnya jersi JDT di Piala Asia.

Sebaliknya, individu tersebut adalah penyokong Korea Selatan. Peristiwa tersebut berlaku ketika negara tersebut berdepan Jordan dalam aksi kedua peringkat kumpulan E.

Situasi tersebut berlaku selepas Korea Selatan berjaya mendahului perlawanan menerusi jaringan penalti oleh Son Heung-min. Ketika kamera sedang fokus ke arah penyokong, kelihatan seorang penyokong Korea Selatan sedang menyarung jersi JDT.

Jersi yang disarung penyokong tersebut adalah jersi kedua (away jersey) JDT yang berwarna putih. Secara tak langsung, ia telah membuatkan pasukan dari Liga Super 'mendonia' di peringkat tertinggi bola sepak Asia.

BACA LAGI: 'Semoga Malaysia kalah', ekor Garuda doa HM jadi mangsa 'lauk' Bahrain

Dalam perlawanan tersebut, Korea Selatan terpaksa berhempas-pulas sebelum berjaya membawa pulang satu mata.

Walaupun mendahului, Jordan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Park Young-woo pada minit ke-37.

Jordan berjaya mendahului menerusi Yazan Al-Naimat pada masa kecederaan separuh masa pertama sebelum Yazan Al-Arab menjaringkan gol sendiri pada minit ke-90+1.

Hasil daripada keputusan seri tersebut membuatkan Korea Selatan dan Jordan kedua-duanya mengutip empat mata daripada dua perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram