KECEMERLANGAN Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah lama tidak kelihatan. Namun begitu, mereka bersedia untuk mengakhiri penantian panjang itu.
Akan tetapi, mereka memasang impian untuk kembali merajai bola sepak England dalam masa beberapa tahun lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United, Omar Berrada melancarkan 'Project 150' dengan menyasarkan The Red Devils kembali memenangi EPL pada 2028.
BACA LAGI: Gagal 'kill the game’, ten Hag bengang mentaliti lemah pemain Man United
BACA LAGI: Dibelenggu kecederaan teruk, bekas bintang Man United pertimbang gantung but
Kali terakhir United memenangi EPL adalah pada 2012/2013.
Sasaran memenangi EPL pada 2028 itu selari dengan sambutan ulang tahun kelab tersebut yang ke-150 pada tahun tersebut.
Berrarda mengatakan, sebagai salah sebuah kelab terbesar dunia, United seharusnya memenangi EPL dan juga kejuaran Liga Juara-Juara UEFA (UCL) dan tiada yang lebih manis berbanding memenanginya pada ulang tahun penubuhan kelab.
"Saya rasa sambutan ulang tahun 150 tahun kelab adalah pada 2028. Jika semuanya berjalan lancar mengikut perancangan kami akan benar-benar gembira. Bukan mudah untuk menjadikan Manchester United kelab terbaik dunia.
"Sasaran yang sentiasa kami sasarkan adalah untuk mencabar kejuaraan EPL dan UCL. United adalah salah sebuah kelab terbesar dunia," kata Berrada.
Sebagai rekod, United tidak pernah memenangi sebarang gelaran liga atau kejuaraan elit Eropah selepas Sir Alex Ferguson melepaskan jawatannya pada 2013.
Kali terakhir United merangkul kejuaraan liga adalah pada 2012/2013 sementara UCL adalah ketika musim 2009. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram