WALAUPUN Malaysia tidak berjaya mara ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023, tetapi persembahan beberapa pemain berjaya mencuri tumpuan kita semua.
Salah satunya adalah pemain sayap iaitu Arif Aiman, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menyerlah ketika di Qatar terutamanya sewaktu perlawanan bertemu Korea Selatan.
Mana tidaknya, jaringan penalti yang dihasilkanya bertemu Pahlawan Taeguk memberikan pendahuluan buat Malaysia di separuh masa kedua.
Persembahan baiknya itu telah membuatkan namanya terselit dalam calon 10 pemain muda paling menyerlah yang boleh dianggap sebagai bintang masa depan bola sepak Asia.
BACA LAGI: Kembali ke padang latihan Terengganu beri 'hint' orang kuat Kedah akan ke Pantai Timur
Arif Aiman antara bintang muda terbaik Asia. — FAM
Laman Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menganjurkan undian Future Stars untuk mencari siapakah bintang muda yang bakal menjadi pemain handalan Asia di masa akan datang.
Nama Arif diletakkan sebaris dengan bintang muda bola sepak Asia yang lain seperti pemain Paris Saint-Germain (PSG), Lee Kang-in, wonderkid Jepun iaitu Takefusa Kubo serta Abbosbek Fayzullaev dari Uzbekistan.
BACA LAGI: Semangat buat latihan tambahan, 2 import JDT seolah-olah beri amaran awal
Arif merupakan salah satu daripada dua pemain Asia Tenggara yang tercalon dalam undian ini. Seorang lagi pemain yang dimaksudkan adalah Marselino Ferdinan dari Indonesia yang menjaringkan gol bertemu Iraq.
Lima lagi pemain yang tersenarai adalah Ali Jasim (Iraq), Abdullah Radif (Arab Saudi), Jordan Bos (Australia), Ali Olwan (Jordan) dan Sultan Adil (Emiriah Arab Bersatu).
Undian boleh dibuat secara atas talian dengan penyokong boleh memenangkan Arif menerusi pautan dengan klik di sini.
Setakat artikel ini ditulis, Arif berada di tangga ketiga di belakang Kang-in dan Fayzullaev yang mendahului undian. Masih lagi ada masa untuk memenangkan bintang kita dalam undian ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram