Dibelenggu kecederaan teruk, bekas bintang Man United pertimbang gantung but


  • Podium
  • Rabu, 25 Sep 2024

Varane bercadang untuk bersara daripada bola sepak pada usia 31 tahun.

BEKAS pemain pertahanan Manchester United, Raphael Varane berada dalam perancangan untuk bersara sepenuh daripada bola sepak selepas kecederaan terkini dialaminya.

Kini bersama kelab Itali iaitu Como, Varane yang merupakan pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis mengalami kecederaan lutut.

Kecederaan yang dialaminya itu adalah ketika penampilan pertamanya untuk Como dalam Piala Itali bertemu Sampdoria pada Ogos.

BACA LAGI: Asyik jadi 'punca', Onana sebaliknya sempat puji striker Man United

BACA LAGI: [VIDEO] Catat 100 gol buat Man City, Haaland saingi rekod bekas penyerang Man United

Akibat daripada kecederaan itu, Varane yang berusia 31 tahun mempertimbang untuk meninggalkan bola sepak selepas mengalami masalah untuk kembali ke tahap kecergasan terbaik.

Laporan dari pemerhati bola sepak antarabangsa, Fabrizio Romano, mengesahkan yang pemain pertahan itu dijangka akan mengumumkan persaraannya sebelum musim 2024/2025 berakhir.

Menurut Romano, Varane benar-benar serius untuk bersara selepas berdepan pelbagai kecederaan sejak bermain untuk Manchester United.

Dan kecederaan serius dialami olehnya ketika menyertai Como boleh dikatakan sebagai kemuncak dan itu menyebabkan pertahanan tersebut mahu menggantung but lalu bersara daripada bola sepak.

Varane menyertai Como daripada United selepas kontraknya bersama kelab England itu tamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram