Selangor ‘provide’ ilmu Eropah untuk jurulatih 'ubi muda'


  • Podium
  • Khamis, 22 Feb 2024

Firdaus (kanan) bertemu Pieter Bert di kampus FA Belanda. — Instagram/@firdaustanaziz

SELAIN daripada memburu kejuaraan setiap musim, pembangunan akar umbi turut dilakukan oleh sesebuah kelab bola sepak.

Tindakan tersebut dilakukan untuk memastikan legasi berpanjangan apabila kelab terus melahirkan pemain-pemain berkualiti.

Itulah yang cuba dilakukan oleh kelab Liga Super, Selangor FC apabila mereka terus komited memastikan pembangunan pemain-pemain terus dihasilkan dengan cemerlang.

Tetapi sebelum pemain berkualiti dihasilkan, mereka perlu tajamkan jurulatih mereka dulu. Oleh itu, Selangor mengadakan program khas untuk memastikan pembangunan 'ubi muda' berjalan lancar di kelab mereka.

Selangor mewujudkan inisiatif yang dipanggil International Coach Development Program yang merupakan sebuah lawatan kerja yang dilakukan oleh kelab tersebut. Dalam lawatan tersebut, barisan jurulatih skuad muda Selangor mengadakan lawatan ke Belanda.

BACA LAGI: [VIDEO] Terpaksa beraksi di Thailand, skuad Harimau Malaya pernah berdepan risiko ancaman angkara pembunuhan abang pemimpin tertinggi Korea Utara

The+@SelangorFC+International+Coach+Development+Program+(Professional+Club+Visit)+-+@KNVB+Campus,+Zeist+Netherlands.#Alhamdulillah+#AllPraisesToAllah#SholluAlanNabiMuhammad#TheJourneyContinues#CoachDev (1)

Firdaus melawat fasiliti latihan di kampus FA Belanda. — Instagram/@firdaustanaziz

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Yang dakwa bukan dalam MBI pun’, MB Selangor jawab tuduhan tak lantik kontraktor rancang KSSA

Dalam lawatan tersebut, barisan jurulatih skuad muda Selangor mengadakan lawatan dengan melawata kampus FA Belanda yang terletak di Zeist, Belanda.

Menerusi perkongsian jurulatih Selangor bawah 20 tahun (B-20), Firdaus Tan Aziz, dia dan rakan seperjuangannya kini berada di sana untuk menimba ilmu baharu dan menajamkan skil membangunkan bakat muda yang boleh meneruskan legasi kecemerlangan Selangor pada masa akan datang.

Dalam perkongsiannya, Firdaus dilihat melawat fasiliti yang tersedia di kampus tersebut serta bertemu dengan Pieter Bert yang merupakan pembantu jurulatih bagi skuad Belanda B-18.

Komitmen Selangor dalam membangunkan bakat muda dilihat terserlah hasil kendalian Firdaus apabila mereka berjaya memperoleh satu demi satu kejayaan.

Antaranya adalah menjuarai Piala Belia pada 2022 selain memimpin Selangor ke tempat ketiga acara bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun sama. Malah, pada tahun lepas, Firdaus berhasil membawa skuad Piala Presiden Selangor ke peringkat separuh akhir.

Dengan ilmu baharu yang diraih oleh Firdaus, ia sedikit sebanyak akan memberikan impak kepada pembangunan pemain muda Selangor. Secara tak langsung, ia menguatkan akar umbi Gergasi Merah.

Para penyokong pastinya tidak sabar untuk melihat hasilnya apabila 'ubi-ubi muda' Selangor mula dituai hasilnya dan ia akan menjadi pemangkin kepada kejayaan skuad senior di masa depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram