Angkara gol debut Ali Olwan, Kuching City terciduk sampai tukar keeper


  • Podium
  • Jumaat, 13 Sep 2024

Selangor FC mendahului Kuching City dalam aksi separuh masa pertama Liga Super di Stadium MBPJ, Selangor pada Jumaat. — Selangor FC.

SKUAD Gergasi Merah menebus kekecewaan berikutan kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim dalam perlawanan akhir Piala FA dengan kemenangan 4-0 ke atas Kuching City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor pada Jumaat.

Babak pertama menyaksikan Selangor FC mendahului menerusi jaringan Ronnie Fernandez yang mengambil kesempatan menerusi kekacauan dalam kotak penalti pasukan pelawat.

Kedudukan 1-0 itu memastikan momentum milik Selangor FC dengan mereka meneruskan serangan demi serangan ke arah gawang Kuching City FC pada babak kedua.

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai sebak bumbung Stadium Shah Alam akhirnya runtuh, tak sabar nantikan rupa baharu KSSA

BACA LAGI: Kuching City ikut resipi Penang, kelab dari Pahang dan Selangor ukir sejarah menongkah ramalan awal Liga Super

6280683286175007299

Skuad Gergasi Merah meraih kemenangan 4-0 ke atas Kuching City FC.

Ini selepas pemain baharu mereka, Ali Olwan menjaringkan gol dalam aksi debutnya di Liga Super dengan penyudah yang menewaskan penjaga gol lawan, Shahril Saari.

Kesan daripada gol itu menyaksikan rombakan segera dibuat Kuching City, termasuk kemasukan Wan Azraie selepas Shahril dikeluarkan.

Cuma, perubahan itu tidak dapat mengelakkan gawang mereka terus ditembusi apabila Selangor FC terus menjaringkan gol dengan Umarbek Eshmurodov mendapatkan jaringan pertamanya buat pasukan menerusi tandukan hasil hantaran Yohandry Orozco.

Malam sempurna di Stadium MBPJ, Selangor diakhiri dengan gol Alvin Fortes yang tenang menewaskan Wan Azraie selepas menerima hantaran Noor Al-Rawabdeh.

Serangan demi serangan diteruskan Selangor FC selepas gol keempat itu terhasil dengan kemasukan Faisal Halim turut merancakkan gerakan pasukan.

Kemenangan itu turut menyaksikan Selangor FC terus kekal di tangga kedua Liga Super dengan 22 mata, tiga mata di belakang peneraju liga iaitu Johor Darul ta'zim sementara Kuching City FC masih berada di kedudukan keempat dengan 14 mata setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram