HARIMAU Malaya bakal bertemu semula dengan India dalam aksi persahabatan yang akan diadakan pada November kelak.
Dalam siaran media dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Rabu, skuad kendalian Pau Marti akan ke India untuk bertemu negara Asia Selatan itu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa yang dijadualkan 19 November.
Namun begitu, lokasi perlawanan belum ditentukan kerana ia akan ditentukan oleh Persatuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF).
BACA LAGI: Palestin tarik diri Pestabola Merdeka, Tajikistan tunggu pemenang India-Harimau Malaya di final
BACA LAGI: Selain rekod Mokhtar Dahari, ini 3 lagi trivia menarik Pestabola Merdeka
Pertemuan tersebut memberi ruang kepada India untuk membalas dendam kekalahan mereka kepada Harimau Malaya sewaktu bertemu di separuh akhir Pestabola Merdeka 2023. Ketika itu, India kalah 2-4.
Pertemuan dua negara itu adalah salah satu daripada dua aksi persahabatan antarabangsa yang bakal dilalui oleh Malaysia pada November.
Satu lagi perlawanan masih lagi dalam proses pengesahan dan akan diumumkan oleh FAM kelak.
Sementara dua aksi menanti Malaysia pada November, Harimau Malaya akan bermain satu perlawanan saja pada bulan hadapan apabila mereka bertemu New Zealand di Auckland pada 14 Oktober.
Sebagai rekod, Malaysia menduduki ranking ke-132 dunia sementara India di kekedukan ke-126. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram