Mula dibandingkan dengan 'keeper' import, Syihan kena belajar teknik 'ball distribution' Andoni Zubiaurre


  • Podium
  • Isnin, 23 Sep 2024

Kedudukan Syihan sebagai penjaga gol utama JDT mula dicabar.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod cemerlang mereka dalam saingan Liga Super apabila menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) FC 6-1 pada Ahad.

Kemenangan besar itu membolehkan JDT meraih sembilan kemenangan daripada 10 aksi yang sudah diharungi mereka.

Walaupun berjaya meraih kemenangan besar, namun masih terdapat kritikan diberikan oleh penyokong JDT terhadap persembahan kelab mereka.

BACA LAGI: Siap jumpa TMJ, tetamu VIP saksikan JDT pesta gol benam Kelantan

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Tak ada cerita lain ke?', Arif Aiman bosan prestasi bersama HM tak sebagus JDT undang kritikan

460498073_1096325278530114_3222147453044907573_n

Penyokong JDT tertarik dengan kualiti 'ball distribution' Andoni Zubiaurre.

Salah satu kritikan yang ditujukan adalah kepada penjaga gol, Syihan Hazmi. Penjaga gol itu memboloskan satu gol selepas melepaskan percubaan pemain KDN, Layth Kharoub pada minit ke-65.

Syihan dikatakan mengalami masalah dari segi 'ball distribution' menerusi sepakan gol. Penjaga gol Harimau Malaya itu dilihat beberapa kali gagal menghantar tepat bola kepada rakan sepasukan sewaktu mengambil sepakan gol.

Kurangnya ketepatan sepakan gol Syihan itu menyebabkan bola sering sampai kepada pemain lawan dan membolehkan KDN menyerang balas.

Malah, penjaga gol itu sudah mula dibandingkan dengan rekrut baharu JDT, Andoni Zubiaurre dari Sepanyol.

"Syihan kena belajar buat sepakan gol berketepatan tinggi macam Zubiaurre. Bila sepak tak tepat, bola hilang membolehkan pihak lawan (senang) lakukan serangan balas pantas," kata penyokong bernama Fizzul Fakri.

"Syihan dah boleh dikeluarkan, tak perform. Sentuh bola tiga, empat kali saja," komen Merah Hitam.

Jelas sekali, penampilan pertama Zubiaurre ketika bertemu Shanghai Port dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menarik perhatian penyokong JDT.

Kualiti 'ball distribution' ditampilkan penjaga gol itu nyata di kelas tersendiri dan itu membuatkan penyokong JDT berasakan Syihan perlu tingkatkan prestasinya agar tempatnya tidak hilang dalam kesebelasan utama. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram