PENYERANG sensasi Manchester City, Erling Haaland berjaya melakar sejarah baharu apabila menyamai rekod bintang Al Nassr, Cristiano Ronaldo.
Rekod tersebut hadir selepas Haaland mencetak satu gol buat Man City dalam aksi bertemu Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Isnin.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Etihad itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 menerusi tonggak The Citizens, Haaland dan John Stoner, manakala dua gol The Gunners pula dicetak oleh Riccardo Calafiori dan Gabriel Magalhaes.
BACA LAGI: Bukan salah Sikh Izhan, sikap sambil lewa Harimau Kumbang punca Penang rugi di laman sendiri
BACA LAGI: Siap jumpa TMJ, tetamu VIP saksikan JDT pesta gol benam Kelantan
Meskipun seri 2-2 bertemu The Gunners namun jaringan yang dihasilkan Haaland itu berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila gol tersebut merupakan gol ke-100 peribadinya.
Menariknya, gol ke-100 hadir selepas dia tampil dalam 105 penampilan bersama Man City.
Lebih manis lagi, Haaland kini menyamai rekod bekas penyerang berbisa Manchester United, Ronaldo yang turut menjaringkan 100 jaringan dalam 105 perlawanan bersama Real Madrid.
Untuk rekod, Sergio Aguero kini merupakan pencetak gol terbanyak dalam sejarah Manchester City yang memerlukan 158 perlawanan untuk mencetak 100 gol.
Oleh itu, Haaland berada di landasan yang tepat untuk terus berkembang dan menjadi nama besar dalam sejarah Manchester City jika dia terus kekal di kelab tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram