3 pemain pertahanan Selangor terlepas pandang sebelum 'transfer window' tutup


  • Podium
  • Rabu, 25 Sep 2024

Najim Haidary antara nama yang mungkin Selangor terlepas pada jendela perpindahan kali ini.

JENDELA perpindahan kedua Liga Malaysia sudah pun berakhir pada 22 September lalu dengan kesemua kelab berpeluang menambah baik barisan sedia ada.

Begitu juga dengan Selangor FC, mereka turut berpeluang melakukan perkara sama walaupun kelihatan terlepas beberapa nama yang dikaitkan dengan Gergasi Merah.

Dengan isu di bahagian pertahanan masih belum diselesaikan, Selangor mungkin terlepas beberapa nama yang boleh dijadikan harapan menguatkan lagi benteng.

BACA LAGI: Dua nama jadi sebutan, Selangor bakal umum pemain import Jordan baharu

BACA LAGI: Kenali Aref Al-Haj, pengganti Reziq yang bakal cabar posisi Alvin Fortes, Faisal Halim

Najim Haidary

Pertahanan berusia 24 tahun ini mungkin salah satu daripada nama yang Selangor kempunan untuk dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua.

Mempunyai darah campuran Afghanistan dan Belanda, Haidary beraksi untuk VV Capelle yang merupakan sebuah kelab di Belanda.

download (5)

Haidary merupakan seorang pemain versatil di posisi pertahanan.

Haidary merupakan seorang pemain versatil. Walaupun dia merupakan seorang pertahanan tengah, tetapi dia juga boleh diletakkan di pertahanan kiri dan pemain tengah bertahan.

Merupakan seorang pemain pertahanan berkaki kiri, sekiranya dia berjaya direkrut Selangor pastinya boleh menambah sengat di benteng mereka.

Mohammad Abualnadi

Satu lagi nama yang dikaitkan dengan Selangor adalah pertahanan tengah dari Jordan iaitu Mohammad Abualnadi.

Berusia 23 tahun, Selangor berpegang teguh kepada DNA Jordan mereka dengan ingin menjadikan Abualnadi pemain dari negera itu yang seterusnya menyertai Gergasi Merah.

abudnadi

Abualnadi (tengah) banyak menghabiskan kariernya di Amerika Syarikat.

Akan tetapi, Selangor terlepas untuk mendapatkannya dengan Abualnadi menjadi rekrut baharu kelab Iraq, Al-Qasim bagi permulaan musim baharu mereka.

Merupakan sebahagian daripada skuad bawah 23 tahun (B-23) Jordan, Abualnadi kini sudah diserap dalam pasukan senior namun masih menanti penampilan pertama buat negara di peringkat tertinggi.

Yaser Hamed

Merupakan seorang pemain pertahanan dari Palestin, Hamed sebenarnya dilahirkan di Leioa, Sepanyol.

Sama seperti Haidary yang merupakan pertahana versatil, Hamed boleh bermain di setiap posisi pertahanan di atas padang.

GQwXAMyX0AA4WJ7

Hamed merupakan pertahanan kebangsaan Palestin.

Hamed merupakan sebahagian daripada skuad kebangsaan Palestin dengan dia turut bermain berdepan Jordan dalam kelayakan Piala Dunia 2026 yang diadakan di Cheras, Kuala Lumpur pada 10 September lalu.

Mempunyai lima gol dalam peringkat dalam 30 penampilan bersama skuad Palestin, Hamed bagaimana pun masih tidak mempunyai pasukan selepas dilepaskan oleh kelab Mesir, Zamalek pada Julai lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram