Kerap kali gagal, Antony tak akan berjaya di EPL — Joe Cole


  • Podium
  • Selasa, 24 Sep 2024

Antony (tengah) dianggap sudah gagal di Manchester United.

SELEPAS menyertai Manchester United pada 2022, pemain sayap, Antony masih lagi kelihatan sukar untuk menyesuaikan diri dengan suhu bola sepak di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pembelian United dari Ajax Amsterdam itu masih lagi mencari-cari rentaknya untuk menjadi salah seorang pemain sayap terbilang di liga utama Eropah.

Namun begitu, selepas sering menjadi subjek meme dan beberapa peluang diberikan, boleh dikatakan yang Antony sebenarnya tidak mampu untuk menjadi bintang di EPL.

BACA LAGI: 'Saya dan keluarga merana dalam diam', Antony bebas dakwaan serang bekas kekasih

BACA LAGI: Baru 2 musim, Man United sudah arahkan Antony cari kelab baharu

2ce630f6aefcd58d1ea1fb76625edc6f

Antony menjaringkan gol ketika berdepan Barnsley.

Itulah yang difikirkan oleh bekas pemain England, Joe Cole mengenai situasi Antony di United.

Bagi bekas pemain Chelsea dan Liverpool itu, Antony sudah memperoleh beberapa peluang dan sering mendapat sokongan daripada pengendali United iaitu Erik ten Hag untuk berjaya.

Akan tetapi, dia seperti tidak mampu menyerap tekanan beraksi di EPL terutamanya permainan fizikal yang sering ditampilkan pertahanan-pertahanan di liga itu.

Walaupun pemain itu beraksi baik ketika berdepan kelab divisyen tiga, Barnsley sewaktu Piala Carabao, tetapi Cole berpendapat taraf Antony sekadar layak bermain di Liga Belanda saja.

"Masalah yang dihadapi oleh Antony di Manchester United adalah dia seorang pemain sempurna untuk liga di Belanda.

"Saya rasa, tahap fizikal di EPL adalah sesuatu yang sukar untuknya. Dia adalah pemain berbakat yang mempunyai teknik dan skil yang bagus, dan itu adalah bagus untuknya beraksi baik di Barnsley.

"Tapi saya tak nampak dia melakukan impak dalam kesebelasan utama United musim ini dan saya tak rasa dia boleh mengubah nasibnya di kelab itu," kata Cole.

Musim ini, Antony masih belum bermain sebagai kesebelasan utama dalam saingan EPL. Sebaliknya, dia memperoleh peluang itu sewaktu bertemu Barnsley.

Masa untuk pemain Brazil itu di United juga dilihat semakin suntuk apabila pengurusan tertinggi kelab mahu melepaskannya apabila mendapat tawaran dengan harga bersesuaian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram