Dua nama jadi sebutan, Selangor bakal umum pemain import Jordan baharu


  • Podium
  • Ahad, 15 Sep 2024

Aref Al-Haj dikaitkan perpindahan ke Selangor.

SEORANG pemain import Jordan difahamkan dalam perjalanan ke Selangor dan berpotensi menjadi pengganti segera Reziq Bani Hani.

Menerusi laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, dia memberi bayangan bahawa Gergasi Merah akan membawa masuk pengganti baharu iaitu tonggak import.

"Selepas berjaya dapatkan khidmat penjaga gol Kalamullah Al Hafiz, Selangor FC dijangka turut akan mengumumkan kehadiran seorang lagi pemain import muda dari Jordan berusia 23 tahun.

"Pengumuman rasmi menyusul," ciapnya dalam laman X.

BACA LAGI: Pearly Tan-M Thinaah juara Terbuka Hong Kong 2024

BACA LAGI: 'Siapa yang setuju?', penyokong Terengganu FC berang tak guna peluang balas dendam Selangor

Teka-teki mengenai watak baharu yang bakal menyarung jersi Merah Kuning itu masih menjadi tanda tanya susulan tiada pengumuman rasmi daripada pihak kelab setakat ini.

Dengan ada penyokong sudah membuat spekulasi dengan dua nama sedang hangat diperkatakan dalam media sosial.

Dua pemain Jordan itu ialah Aref Al-Haj dan Mohammad Abualnadi.

Aref dikaitkan ke Selangor kerana Reziq menyertai pasukannya Al-Hussein SC dan jika benar ia mungkin ada dalam klausa perpindahan bekas pemain Gergasi Merah itu.

Manakala Abualnadi pula ialah seorang pemain pertahanan yang mana Selangor mempunyai masalah di bahagian itu sejak awal musim.

Namun begitu, teka-teki mengenai watak baharu yang bakal menyarung jersi Merah Kuning itu masih menjadi tanda tanya susulan tiada pengumuman rasmi daripada pihak kelab setakat ini.

Persiapan ini dijangka bakal memberikan tonik tambahan kepada anak buah Nidzam Jamil bagi saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram