Peluang beraksi di gelanggang sebenar, Klinik STL kini dibuka khas buat warga Pulau Pinang, Johor


  • Podium
  • Selasa, 24 Sep 2024

Peserta dalam kalangan kanak-kanak perempuan turut tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian Klinik STL.

BERITA baik buat semua warga Pulau Pinang dan Johor, khas untuk generasi muda tidak kira lelaki dan wanita berumur 13 sehingga 17 tahun untuk menyertai Klinik Liga Sepak Takraw (STL) serta berpeluang beramah mesra dengan bintang STL yang juga merupakan pemain profesional negara.

Klinik STL tersebut akan diadakan pada 19 Oktober 2024 di Spice Arena, Pulau Pinang dan 1 November 2024 di Arena Larkin, Johor nanti.

Peserta akan mempelajari kemahiran asas sepak takraw bersama pemain profesional STL dan akan berpeluang bermain bersama pasukan pilihan STL di gelanggang yang sebenar.

BACA LAGI: Klinik STL bawa jaguh takraw negara gegar pelajar Orang Asli di Selangor

BACA LAGI: Bahang kehangatan aksi gulung bermula, Klinik STL 2024 gegar sekolah, negeri terpilih

POSTER KLINIK

Jangan lepaskan peluang keemasan buat warga Pulau Pinang dan Johor.

Anda juga boleh menyaksikan kehangatan dan saingan STL yang berprestij ini secara langsung di depan mata.

Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, Astro sentiasa komited memperkasakan pembangunan sukan termasuk dari peringkat akar umbi dengan mendekati komuniti bagi mencari bakat baharu dan memupuk anak-anak muda dalam meminati bidang sukan khususnya sukan sepak takraw.

Program tersebut masih lagi menjelajah ke beberapa buah sekolah-sekolah terpilih seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Terengganu, dan juga Perak.

Melihat sambutan yang begitu menggalakkan, Astro turut mengambil inisiatif untuk membuka pendaftaran Klinik STL ini kepada orang ramai mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

STL

Para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing dalam sukan sepak takraw.

“Dua negeri ini iaitu Pulau Pinang dan Johor mempunyai pangkalan peminat yang sangat besar dalam sukan sepak takraw, mungkin ini adalah permulaan baik untuk kita mendekati peminat cilik dan generasi muda dengan mengadakan program pembangunan bakat ini dengan lebih besar selepas ini," katanya.

Jelasnya lagi, Klinik STL sudah memasuki musim kedua tahun ini dan turut mendapat sokongan dana daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

Program ini juga mendapat sokongan penganjuran oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang akan memberi pengiktirafan markah PAJSK berbentuk merit penglibatan dan penyertaan peringkat negeri kepada pelajar-pelajar yang menyertai program pembangunan bakat ini.

Untuk pendaftaran Klinik STL di Pulau Pinang dan Johor layari www.astro.com.my/klinikSTL sekarang!. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram