Bahang kehangatan aksi gulung bermula, Klinik STL 2024 gegar sekolah, negeri terpilih


  • Podium
  • Isnin, 26 Ogos 2024

Para peserta menunjukkan kemahiran masing-masing dalam sukan sepak takraw.

SERAMAI 200 pelajar telah menyertai Klinik Liga Sepak Takraw (STL) yang pertama diadakan pada musim ini iaitu di Sekolah Kebangsaan TTDI 1, Kuala Lumpur sebagai penganjur dengan kerjasama Klinik Penggalakan Sukan Sepak Takraw anjuran Bahagian Sukan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pelajar-pelajar dari sekolah rendah berkenaan terdiri daripada sekolah-sekolah terpilih di daerah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Klinik STL 2024 tersebut adalah cetusan program yang dianjurkan daripada Kejohanan STL, inisiatif bersama Astro dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) yang telah pun memasuki satu dekad penganjurannya pada tahun ini.

BACA LAGI: Jendela perpindahan kedua tawar talian hayat buat Selangor FC?

BACA LAGI: 'Bola hilang lepas 3 touch', Nidzam perlu 'demand' lebih tuntut pemain rapatkan jurang dengan JDT

Lebih kurang 200 peserta mengambil bahagian dalam Klinik STL 2024.

Lebih kurang 200 peserta mengambil bahagian dalam Klinik STL 2024.

Penonton akan merasai kehangatan STL dari setiap sudut dan peringkat termasuklah dari akar umbi bermula dengan penganjuran pra Klinik STL 2024 yang telah diadakan baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John berkata, Klinik STL yang diadakan itu mendapat sambutan hangat daripada pelajar sekolah pada tahun lalu.

“Selepas pertama kali mengadakan Klinik STL dan mendapat sambutan hangat oleh pelajar-pelajar sekolah pada tahun lalu, kami mengambil peluang untuk mengandakan lagi kemeriahannya pada tahun ini.

"Kami amat berbesar hati dengan sokongan dana yang diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan kerjasama pihak KPM yang memainkan peranan selaku pendokong penting dalam memacu melestarikan pembangunan akar umbi khususnya sukan sepak takraw.

“Melalui data penilaian penonton di STL, sebanyak 18 peratus penonton berumur 14 tahun kebawah dan 43 peratus pula berumur 25 tahun kebawah dengan rata-rata penonton STL yang hadir ke stadium pula adalah generasi muda dan anak-anak kecil bersama keluarga.

Peserta-peserta yang mengambil bahagian.

Peserta dalam kalangan kanak-kanak perempuan turut tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian Klinik STL.

"Kami melihat penganjuran Klinik STL untuk generasi muda ini mampu memberi pendedahan serta menjadi platfom pembangunan dan pencarian bakat untuk digilap, seterusnya melahirkan atlit berprestasi tinggi atau jaguh sukan di peringkat antarabangsa suatu hari nanti,” katanya.

Jelasnya lagi, selain memupuk minat dari akar umbi, klinik STL ini juga bagi memberi peluang dan pengalaman berharga buat generasi muda ini untuk berjumpa dengan pemain-pemain profesional STL mahupun pemain kebangsaan serta mempelajari asas-asas sukan tradisi tersebut bersama idola-idola mereka.

Klinik seterusnya nanti akan diadakan di lima buah lokasi lagi iaitu di sekolah terpilih Selangor, Terengganu dan Perak, sementara itu, penyertaan terbuka di dua lokasi iaitu Pulau Pinang dan Johor untuk kanak-kanak yang berminat untuk menyertai mengikut terma dan syarat penyertaan.

Sementara itu, STL 2024 telah bermula pada 24 Ogos sehingga 16 November 2024 dan akan menjelajah ke beberapa buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan juga Johor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram