Bukan salah Sikh Izhan, sikap sambil lewa Harimau Kumbang punca Penang rugi di laman sendiri


  • Podium
  • Isnin, 23 Sep 2024

Sebahagian aksi menarik antara pemain Harimau Kumbang dan skuad Jang yang cuba merampas bola untuk menguasai permainan.

KELEBIHAN beraksi di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang gagal dimanfaatkan dengan baik oleh Penang FC apabila sekadar seri 2-2 berdepan Negeri Sembilan FC aksi Liga Super 2024 pada Ahad.

Penang FC yang turun tanpa ketua pasukan, Rafael Vitor, dikejutkan dengan jaringan seawal minit pertama pelawat menerusi gol sendiri Aqil Irfanuddin.

Bagaimanapun penyokong tuan rumah kembali ceria apabila Rodrigo Dias mengikat kedudukan 1-1 selang 13 minit kemudian.

BACA LAGI: Kim Swee kecewa sikap pemain The Rhinos lepas dikecewakan PDRM

BACA LAGI: Siap jumpa TMJ, tetamu VIP saksikan JDT pesta gol benam Kelantan

WhatsApp Image 2024-09-23 at 13.22.26

Penyerang import Penang FC, Dylan Wenzel-Halls (dua kiri) mencetak gol kedua buat Harimau Kumbang.

Dua minit berselang, giliran Penang FC di depan hasil percubaan penyerang import baharunya, Dylan Wenzel-Halls.

Namun, kelekaan minit-minit akhir babak pertama membuka ruang buat pemain baharu skuad Jang, Sebastian Avanzini menyamakan kedudukan 2-2 selepas melepaskan rembatan kencang ke pintu gawang tuan rumah sebelum ke bilik persalinan.

Keputusan seri itu menyebabkan penyokong Harimau Kumbang meluahkan ketidakpuashatian kepada penjaga gol Penang, Sikh Izhan Nazrel yang dilihat melakukan kesilapan mudah dalam aksi tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata 'ekor' Penang FC menuding jari kepada penjaga gol pinjaman dari Selangor FC itu yang membiarkan pintu gawang mereka dibolosi sebanyak dua kali.

Begitupun, ada juga yang tidak meletakkan kesalahan di bahu Sikh Izhan malah mereka berpendapat bahawa keputusan seri tersebut berpunca daripada sikap pemain Penang sendiri.

"Sudah leading 2-1 terus main santai, skill macam-macam keluar, berlagak, hujung separuh masa pertama jadi 2-2, masuk pula masa kedua baru laju kalut nak cari kemenanga, elok dah NSFC bertahan dan buang masa banyak, penyakit lepas lead main santai tu tak hilang dari dulu," kata Zaini Mega.

"Lepas saja gol kedua, merudum terus permainan Penang, nampak sangat santai dan seolah-olah macam dah nak menang, separuh masa kedua hanya pelengakp yang tiada apa-apa menarik untuk dibincangkan," kata Budiyanto Unggun.

"Pemain semua main merapu, bila dah leading tu, mulalah nak main santai-santai," kata Ayie Mb.

"Rata-rata pemain macam tiada semangat, main sekejap lepastu merapu, dah leading lepastu merapu, kalau macam ni punya gameplay, bungkus awal-awallah jumpa KL City FC nanti," kata Rey Hope.

Selepas ini, Penang FC dijadualkan akan bertemu Kuala Lumpur City FC pada 29 September di Stadium Cheras, Kuala Lumpur. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram