Pilih kelab lain tak bantu bintang Sang Kenari, Sabah FC lari dari isu gaji


  • Podium
  • Selasa, 24 Sep 2024

Meskipun terpalit dengan isu gaji namun Sang Kenari berjaya meraih keputusan seri 2-2 berdepan skuad Tok Gajah aksi Liga Super 2024 pada Jumaat. — Facebook/KDAFC

ISU tunggakan gaji dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) semakin parah apabila beberapa pasukan Liga Super dikhabarkan tidak melunaskan pembayaran terhadap pemain mereka.

Susulan isu tersebut, terdapat beberapa pemain tanah air memutuskan untuk berhijrah ke pasukan lain agar periuk nasi mereka terjaga.

Dengan membuat keputusan sebegitu, para pemain pasti merasakan bahawa perubahan tersebut akan memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan khususnya.

BACA LAGI: Kim Swee kecewa sikap pemain The Rhinos lepas dikecewakan PDRM

BACA LAGI: Bukan salah Sikh Izhan, sikap sambil lewa Harimau Kumbang punca Penang rugi di laman sendiri

Bagaimanapun, langit tidak selalu cerah apabila beberapa pemain Liga M difahamkan tetap menerima nasib yang sama meskipun sudah berpindah ke kelab lain.

Dalam pada itu, Majoriti menyenaraikan lima pemain Liga M yang sepertinya terus dihantui oleh masalah gaji itu meskipun sudah mengambil keputusan untuk haluan pada musim baru.

Sony Norde

Meskipun beraksi cemerlang bersama Sang Kenari namun Sony Norde turut berdepan isu gaji. — Facebook/KDAFC

1. Sony Norde

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde turut terpalit dengan isu gaji tersebut meskipun sudah berhijrah ke pasukan baharu.

Meskipun sentiasa menampilkan aksi cemerlang di atas padang namun Sony tidak lari daripada masalah berkenaan.

Sebelum ini, Sony pernah beraksi bersama Melaka United turut terpalit isu gaji yang menyaksikan dia berhijrah ke Terengganu FC sebelum menyertai Sang Kenari musim ini.

Kelewatan pembayaran gaji dilihat boleh menjejaskan motivasi dan prestasi pemain yang menyebabkan sesebuah pasukan tewas kepada lawan.

WhatsApp Image 2024-09-23 at 20.28.09

Rizal Ghazali turut berdepan isu gaji meskipun sudah berpindah ke negeri kelahirannya, Kedah. — Facebook/KDAFC

2. Rizal Ghazali

Pemain pertahanan Kedah, Mohd Rizal Ghazali turut menerima nasib sama apabila meninggalkan Sabah untuk kembali ke pasukan kesayangannya Sang Kenari pada jendela perpindahan awal musim.

Rizal pernah terlibat semasa fasa skuad Sabah mengalami tunggakan gaji dan kini dia menghadapi perkara yang sama.

Ini selepas dakwaan bahawa Kedah masih tidak melunaskan gaji pemain sejak Liga Super bermula pada Mei.

WhatsApp Image 2024-09-23 at 20.45.28

Pernah mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad Jang berikutan isu gaji namun turut terpalit bersama pasukan baharu. — Instagram

3. Sean Selvaraj

Pemain sayap Sri Pahang FC, Sean Selvaraj mengambil keputusan untuk meninggalkan Negeri Sembilan FC berikutan masalah gaji yang melanda kelab itu.

Keputusan untuk menyertai Pahang musim ini dilihat satu pendekatan yang baik namun siapa sangka pemain berketinggian 1.80 meter itu turut ditimpa nasib yang sama bersama Tok Gajah.

Meskipun sudah mengambil keputusan drastik, nampaknya nasib malang Selvaraj sentiasa menghantuinya.

WhatsApp Image 2024-09-23 at 20.44.23

Meskipun meninggalkan kelab lama kerana isu gaji, siapa sangka masalah itu turut berlaku di kelab baharu. — Instagram

4. T Saravanan

Salah satu yang menjadi mangsa tunggakan gaji ialah tonggak muda Sri Pahang, T. Saravanan.

Penyerang sayap kiri muda itu turut berdepan nasib sama meskipun terpaksa meninggalkan Kuala Lumpur (KL) City ekoran isu gaji namun perpindahan ke Sri Pahang juga memakan diri.

Kisah sedih Saravanan itu dikongsikan oleh peminat sukan tanah air di laman Facebook.

Ketika beraksi untuk The City Boys, Saravanan mengalami kelewatan dalam pembayaran gaji yang mengganggu fokus dan motivasinya di atas padang.

Meskipun sudah berpindak ke skuad Jang, nampaknya masalah gaji tersebut sepertinya enggan melepaskan Saravanan apabila isu itu masih berlanjutan.

WhatsApp Image 2024-09-23 at 20.43.03

Cifu (kiri) sebelum ini mengalami masalah tunggakan gaji bersama Kelantan dan kini Sabah pula. — Facebook/Sabahfc

5. Miguel Cifuentes

Episod ngeri buat Miguel Cifuentes kembali menghantuinya selepas pemain berusia 33 tahun itu kembali mengalami masalah tunggakan gaji.

Sebelum ini, Cifuentes atau lebih dikenali sebagai Cifu mengalami isu tunggakan gaji bersama Kelantan FC.

Cifu yang cemerlang bersama The Red Warriors (TRW) itu berjaya memikat pihak pengurusan Sabah untuk membawanya ke kem Sang Badak pada musim lalu.

Sebelum ini bersama Sabah, Cifu tidak pernah mengalami masalah gaji, namun selepas pihak pengurusan Sang Badak bertukar tampuk kepimpinan barulah isu ini timbul semula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram