SABAH FC akan meneruskan cabaran mereka dalam Liga Super dengan bertemu PDRM FC pada Sabtu.
Selepas seri 1-1 menentang Terengganu FC, The Rhinos pastinya mahukan kemenangan lebih-lebih lagi menentang PDRM yang dibenam 1-5 oleh Sri Pahang FC.
Namun begitu, timbul kerisauan kerana masih ada beberapa pemain yang masih di bawah par dan itu boleh menyukarkan Sabah meraih tiga mata.
BACA LAGI: Dulu beraksi di ACL, kini bintang Sabah, Kedah, Terengganu hanya jadi penonton
BACA LAGI: Sabah, Kuching, Terengganu untung besar jika sambar bintang tinggalkan Kedah
Stuart Wilkin
Pemain tengah Harimau Malaya itu antara nama yang masih tidak berjaya mencapai prestasi terbaiknya dan itu dapat dilihat semasa berdepan Terengganu.
Sandaran utama Datuk Ong Kim Swee untuk memenangi pertandingan di tengah padang itu perlu meningkatkan prestasinya untuk berdepan barisan tengah Sang Saka Biru yang diketuai oleh Fadi Awad.
Wilkin (tengah) masih tercari-cari prestasi terbaiknya.
Ketika berdepan Terengganu, Wilkin hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dan daripada persembahannya ternyata dia perlu berusaha lebih keras untuk mendapatkan prestasi terbaik.
Jika berjaya mendapatkan prestasinya semula, pasti bahagian tengah Sabah akan lebih hidup berdepan PDRM.
Damien Lim
Satu lagi nama penting dalam skuad Sabah adalah penjaga gol mereka iaitu Damien Lim.
Damien kembali semula ke kesebelasan utama Sabah semasa berdepan Terengganu selepas berehat akibat kecederaan. Tempatnya sebelum ini digantikan oleh Khairul Fahmi Che Mat.
Damien Lim gagal mendapatkan clean sheet semasa berdepan Terengganu.
Sama seperti Wilkin, Damien masih lagi mencari rentak dan dia tidak berjaya mendapatkan nirbolos (clean sheet) apabila melepaskan percubaan Ismaheel Akinade.
Penjaga gol itu perlu tampil lebih bertenaga supaya gawangnya tidak dibolosi oleh barisan serangan PDRM yang diketuai oleh Ifedayo Olusegun.
Gabriel Peres
Satu lagi nama yang perlu tingkatkan prestasi di padang adalah pertahanan iaitu Gabriel Peres.
Juga tersisih kerana kecederaan sebelum ini. Peres turut kembali beraksi semasa Sabah seri berdepan Terengganu.
Peres (jersi biru, tengah) perlu waspada ancaman trio serangan PDRM.
Berdepan barisan serangan yang diterajui pemain seperti Ifedayo, Bruno Suzuki dan Shahrel Fikri pastinya menjadi ujian getir buat Peres dan pertahanan Sabah untuk mengelak daripada dibolosi.
Trio serangan tersebut cukup 'masak' dengan bola sepak Malaysia jadi sekiranya Peres leka, dia mungkin akan menyebabkan Damien terpaksa mengutip bola di gawangnya sendiri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram