Nafi tak bantu Kedah, kepak Kenari desak Radhi Mat Din lepaskan pegangan saham


  • Podium
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Radhi didesak untuk melepaskan pegangan sahamnya dalam Kedah Darul Aman selepas masalah kewangan dihadapi kelab.

SITUASI kewangan yang semakin meruncing dalam kelab Liga Super, Kedah Darul Aman FC menimbulkan persoalan, mampukah mereka bertahan?

Ketika sukar, ramai yang menuding jari dengan salah satu mangsanya adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Kedah, Radhi Mat Din.

Ramai yang berasakan Radhi, sebagai wakil kerajaan negeri dalam kelab seolah-olah tidak membantu Sang Kenari untuk 'terus' bernafas.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Nak kata tak bantu tak betullah', Radhi Mat Din sahkan ada perbincangan selamatkan KDA FA

BACA LAGI: Benarkan 12 import, MFL jangan lupa peribahasa 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'

460596084_1083279293368340_5565870169190093307_n

Radhi (tiga dari kiri) merupakan wakil kerajaan negeri yang berada dalam Kedah Darul Aman.

Namun begitu, legenda bola sepak Kedah itu menafikan perkara tersebut dengan dia mengatakan kerajaan negeri tetap ada membantu Sang Kenari yang sekarang sedang bermasalah.

"Saya menafikanlah kalau kata kerajaan negeri tak bantu langsung, kita tak bolehlah bantu sampai peringkat sepenuhnya sebab gaji ini daripada kelab, yang itu di pihak pemiliknya, dia kena urus yang itu.

"Untuk makluman, kita masih berusaha dan berbincang dengan pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan pihak KDA FC.

"Nak kata tak bantu tu tak betullah sebab lesen untuk layak masuk bertanding liga adalah hasil sumbangan negeri melalui KFA," ujar Radhi.

Namun begitu, kenyataan daripada Radhi itu kurang disenangi oleh penyokong Kedah. Pada mereka, masa Radhi bersama kelab itu sepatutnya sudah berakhir kerana tidak membawa kesan positif buat Sang Kenari.

"Harap tuan badan lepaskan pegangan saham dalam KDAFC. Kalau beranilah," kata penyokong menggunakan nama Tebing Sungai.

"Wahai Radhi, apa pun tak boleh. Bola sepak Kedah dah nak hancur dah," komen Mohd Noor.

"Exco sukan adalah bekas pemain, ADUN (ahli dewan undangan negeri) juga bekas pemain tapi hauk. Lebih baik buka tabung milo kutip derma," kritik Faizol Azha.

Kedah akan berdepan Sri Pahang FC untuk aksi Liga Super pada Jumaat. Jika kemenangan diraih, sedikit sebanyak boleh menceriakan kem Sang Kenari yang sedang mengalami pelbagai masalah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram