Tak setuju pemilihan MOTM, fans Selangor pilih Azim Al-Amin berbanding Ronnie Fernandez


  • Podium
  • Jumaat, 20 Sep 2024

Azim mempamer persembahan baik berdepan Muangtong.

KEMUNCULAN semula Selangor FC di pentas Asia bermula dengan nota baik apabila mereka berjaya memperoleh mata pertama dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Berdepan Muangthong United dari Thailand di tempat lawan, Selangor memperoleh satu mata berharga selepas seri 1-1.

Jaringan daripada penyerang import, Ronnie Fernandez memastikan Selangor tidak pulang dengan tangan kosong dalam perlawanan yang dilihat seimbang.

BACA LAGI: Kutip satu mata berharga, Ronnie jangka aksi lebih sukar buat Selangor

BACA LAGI: Sedar berdepan tugas sukar di Thailand, Safuwan lega 'ekor' Gergasi Merah ikut serta perjuangan Selangor

Jaringan kaki kiri disumbangkan oleh Fernandez itu membuatkan namanya diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan (man of the match) untuk perlawanan tersebut.

Namun begitu, penyokong Selangor mempunyai pendapat berbeza. Pada mereka, penjaga gol iaitu Azim Al-Amin dilihat lebih berhak untuk mendapat pengiktirafan tersebut.

Bukannya untuk menidakkan sumbangan Fernandez, tetapi persembahan Azim dilihat cukup baik dengan penjaga gol muda itu kelihatan tidak kekok sewaktu penampilan pertamanya di pentas Asia.

Azim dilihat melakukan beberapa tepisan penting untuk memastikan gawang Selangor tidak dibolosi dengan lebih banyak gol.

Disebabkan persembahan yang dianggap steady, penyokong Selangor berasakan dia lebih layak memperoleh gelaran MOTM itu.

"Sepatutnya Azim," kata penyokong menggunakan nama Si Mistri.

"Tak ada Azim, memang dah dimalukan Muangthong. Dengan taktikalnya hauk, pemain dan barai pun lambat nak buat pertukaran," komen Izzudin Judin.

"Azim adalah pemain terbaik perlawanan dalam kalangan penyokong," komen Abu Fattah pula.

"Azim main baik walaupun belum ada pengalaman Asia. Tak gopoh dan kemas, kekalkan untuk kesebelasan utama seterusnya," cadang Amirul Hanif kepada Nidzam Jamil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram