Sedar berdepan tugas sukar di Thailand, Safuwan lega 'ekor' Gergasi Merah ikut serta perjuangan Selangor


  • Podium
  • Khamis, 19 Sep 2024

Safuwan berharap mereka dapat membalas sokongan penyokong Selangor yang datang ke Thailand menyokong Gergasi Merah.

KETUA pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin mengakui bukan mudah untuk bertemu kelab Thailand terutamanya di laman mereka sendiri.

Namun begitu, pemain dari Singapura itu beruntung kerana perjuangan Selangor berdepan Muangthong United dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) pada Khamis akan didukung oleh sokongan daripada penyokong Gergasi Merah.

Menurut Safuwan, dia menyedari yang perjuangan menentang Muangthong bukannya mudah dan kehadiran penyokong Selangor sedikit sebanyak boleh membantu mereka berjuang.

BACA LAGI: Baru join Gergasi Merah, Kalamullah dah ketepikan keeper utama Selangor

BACA LAGI: 'Lepas ni gaji on time', Kalamullah sah tinggalkan Kedah perkuat Selangor FC

"Bermain di tempat lawan menentang kelab Thailand sentiasa sukar, jadi jika berjaya mendapatkan keputusan seri ia satu permulaan baik.

"Ia juga merupakan kali pertama saya beraksi di sini (Stadium Nasional Rajamangala) dan saya sedar kepentingan stadium di Thailand dengan penyokong akan datang dan memberikan sokongan padu kepada pasukan.

"Kami bersyukur yang sebahagian daripada penyokong kami akan datang ke Thailand untuk menyokong kami. Kami harap dapat membalas sokongan mereka dengan keputusan baik," ujar Safuwan.

Bagi pengendali Selangor, Nidzam Jamil pula, perlawanan menentang Muangthong cukup besar buatnya kerana ia turut menandakan kepulangan semula Gergasi Merah ke pentas Asia selepas lapan tahun.

Dia menganggap cabaran daripada kelab Thailand itu pastinya sukar dan Selangor bakal berdepan banyak masalah apabila beraksi kelak.

"Selangor kembali semula ke peringkat Asia selepas lapan tahun, dan ia adalah perkara besar buat saya sebagai jurulatih. Saya harap penampilan pertama saya sebagai pengendali dalam pertandingan ini akan jadi sangat bermakna.

"Mereka adalah pasukan utama di Thailand dan kita boleh jangka apa yang akan terjadi," kata Nidzam. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram