[VIDEO] Dari bola sepak ke takraw, laungan 'wasit curang' bergema lagi libat team Sulteng


  • Podium
  • Rabu, 18 Sep 2024

Pemain Sulteng (jersi biru) membantah keputusan pengadil selepas dikatakan sudah melakukan tiga sentuhan.

UMUM mengetahui yang sepak takraw merupakan sukan dimainkan dengan pantas.

Pergerakan bola yang laju memerlukan setiap pemain perlu mengawalnya dengan baik supaya ia tidak ‘mati’ sekali gus memberikan mata kepada pihak lawan.

Apabila bola dimainkan, setiap pasukan boleh melakukan tiga sentuhan sebelum menghantar bola ke kawasan pihak lawan.

BACA LAGI: Ambil iktibar STL musim 2024, Sabah Mountaineer enggan buat persiapan 'last minute'

BACA LAGI:[VIDEO] STL 2024: Aksi Negeri Sembilan Antlers-Selangor Pistons antara 3 'epic comeback' mewarnai GP Selangor

Itu adalah perkara asas dalam sepak takraw, tetapi lain pula ceritanya di Indonesia.

Dalam sebuah rakaman yang tular di Facebook, kecoh apabila pengadil perlawanan memberikan mata kepada pihak lawan selepas melakukan dua sentuhan terhadap bola sahaja.

Dalam perlawanan melibatkan Sulteng (jersi biru) dan Kaltara (jersi merah) yang dipercayai diadakan di Indonesia, salah seorang pemain Sulteng sedang mengawal bola yang dihantar oleh pemain Kaltara.

Namun ketika pemain Sulteng itu baru dua kali menyentuh bola, pengadil memberhentikan permainan sekali gus memberikan mata kepada Kaltara.

Keputusan itu nyata menimbulkan rasa tidak puas hati para Sulteng dengan keputusan pengadil tersebut yang menganggap “wasitnya curang”.

Akan tetapi, jika dilihat pada gerak perlahan video, pengadil tersebut melakukan keputusan tepat untuk memberhentikan permainan.

Hal ini kerana, pemain Sulteng tersebut sebenarnya sudah melakukan tiga sentuhan bola dengan salah satunya dilakukan tanpa sedar.

Sentuhan pertama adalah pada kaki pemain itu sebelum ia terpantul di betis untuk sentuhan kedua. Sentuhan ketiga pula adalah semasa pemain itu sekali lagi mengawalnya mengguna kakinya.

Secara kasarnya, pengadil mungkin melakukan kesilapan dalam penilaiannya. Tetapi menerusi gerak perlahan, keputusan diberikan sepertinya tepat.

Namun begitu, situasi tersebut menambah lagi kepada kontroversi melibatkan Sulteng. Sebelum ini, mereka terlibat dalam kontroversi bola sepak sewaktu berdepan pasukan Aceh.

Kini terjadi pula di gelanggang sepak takraw, pasti ia menimbulkan situasi panas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram