SELANGOR FC secara rasmi mengumumkan kehadiran bekas penjaga gol Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kalamullah Al-Hafiz ke skuad Gergasi Merah pada Isnin.
"Skuad Gergasi Merah berbesar hati mengumumkan penjaga gol baharu, Kalamullah Al-Hafiz yang berusia 29 tahun untuk mengharungi baki musim 2024/25 bersama Selangor FC.
"Lebih mesra dengan panggilan Kalam, tiga tahun beraksi sebagai pemain pembangunan Felda United menyaksikannya berjaya menembusi skuad utama pasukan tersebut dan beraksi dalam satu perlawanan.
"Namanya mula dikenali ramai ketika menyertai PJ City FC sejak 2019,” katanya dalam satu kenyataan.
BACA LAGI: 'JDT pasukan terbaik', Hector Bidoglio taruh harapan tinggi, yakin tundukkan kelab China
Tiada kelibat Somerville dalam sesi latihan Gergasi Merah menjelang saingan Liga Juara-Juara Asia 2. — Facebook/Selangorfc
Kehadiran Kalamullah atau mesra dengan panggilan Kalam itu dijangka mampu membantu benteng terakhir skuad The Red Giants bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Dalam pada itu, Kalamullah dijangka bersaing dengan Samuel Somerville, Khairulazhan Khalid dan Azim Al Amin Kamaruddin untuk slot penjaga gol utama.
Bagaimanapun, bagai peribahasa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, kehadiran Kalam ke pasukan Lembah Klang itu dilihat memberi impak yang besar apabila penjaga gol utama, Somerville tidak kelihatan dalam sesi latihan skuad tersebut.
Menjelang perlawanan ACL2 berdepan wakil kelab Thailand, Muangthong United pada Khamis, kelibat penjaga gol Gergasi Merah tidak kelihatan sekali gus menguatkan spekulasi bahawa Kalam bakal menggalas tugas berat tersebut.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, terdapat beberapa penyokong Merah Kuning terkesan dengan kehilangan Somerville yang dikatakan individu sesuai untuk menggalas tugas dalam saingan ACL2.
"Kesian Sam, dia sudah kerja keras tahun lepas main liga tapi pergi ambil pula Khairulazhan dan Kalam yang baru masuk. Dia nak merasa main level tinggi juga. Jangan kerana kalah Piala FA nak hukum dia," kata Rozaman Rozaman.
"Mana Sam? Kenapa dia tak join ACL2, masuk saja Kalam ni dah main Asia ya, power betul sampai boleh ketepikan Sam," kata Hadi Shaffie.
"Sam hilang dari radar nampaknya ni, hebat betul Kalam ni eh, masuk saja Selangor terus diberi peluang main ACL2," kata Mohd Yazid. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,