Tak kalah 3 perlawanan, The Kirins hantar isyarat 'free-scoring' hadapi Gergasi Merah


  • Podium
  • Isnin, 16 Sep 2024

Prestasi baik Muangthong United pasti menyukarkan Selangor di Asia.

MASA semakin hampir untuk Selangor memulakan jelajah bola sepak Asia mereka dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Bakal memulakan saingan berdepan Muangthong United di Thailand pada 19 September, skuad kendalian Nidzam Jamil berada dalam prestasi baik terutamanya selepas menewaskan Kuching City FC 4-0 di laman sendiri.

Namun begitu, cabaran bakal dihadapi mereka tidaklah mudah.

BACA LAGI: Dua nama jadi sebutan, Selangor bakal umum pemain import Jordan baharu

BACA LAGI: Debut garang Ali Olwan buat fans Selangor letak sandaran tinggi aksi jumpa JDT, TFC

Hal ini kerana, Gergasi Merah akan menentang wakil Thailand yang cukup ampuh terutamanya daripada segi prestasi mereka.

Muangthong yang juga dikenali dengan nama The Kirins berada dalam prestasi terbaik untuk memberikan cabaran getir buat Selangor di gelanggang mereka lebih-lebih lagi selepas mempunyai prestasi hebat dalam saingan domestik.

Dalam tiga perlawanan akhir diharungi mereka dalam saingan Thai League 1, Muangthong mencatatkan dua kemenangan dan satu seri.

Muangthong menewaskan Ratchaburi 2-0 sebelum seri berdepan Nongbua Pitchaya. Mereka kembali ke landasan kemenangan apabila berjaya mengalahkan Sukhothai 4-2 di laman sendiri.

460309297_1062389765547485_7850088601918038229_n

Muangthong kini menduduki tempat ketiga dalam Thai League 1.

Berjaya mengutip tujuh daripada sembilan mata yang disediakan, ia memberikan petanda Muangthong bukanlah lawan mudah untuk Selangor hadapi terutamanya di laman mereka.

Dengan enam gol berjaya dihasilkan, ia memberi isyarat kelab itu bersifat free-scoring dan pertahanan Selangor perlu kental apabila berdepan mereka.

Ditambah pula, bahagian pertahanan mereka diterajui oleh bekas pemain Liverpool iaitu Aly Cissokho membuatkan kubu mereka sukar untuk ditembusi pihak lawan.

Pastinya, permulaan sukar menanti Selangor di Asia. Oleh itu, Nidzam perlu benar-benar menyiapkan pasukannya untuk mengelak daripada kecundang tidak melawan di Thailand kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram