[VIDEO] Legenda Arsenal komen sepakan percuma Indra Putra, kualiti tepisan keeper Sang Badak


  • Podium
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Sepakan percuma Indra Putra menjadi tumpuan legenda Arsenal.

SEPANJANG musim, bola sepak tempatan sering disajikan dengan pelbagai gol-gol menarik dan cantik yang dihasilkan oleh pemain.

Musim 2023 juga tidak kurang hebatnya apabila pelbagai gol-gol menarik terhasil daripada pelbagai pemain, salah seorangnya adalah menerusi bintang veteran iaitu Indra Putra Mahayuddin.

Ketika mewakili Kelantan Darul Naim (KDN) FC musim lalu, Indra mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dari jarak kira-kira 35 meter semasa berdepan Sabah FC.

BACA LAGI: 'Otai masih berbisa', Amri Yahyah, Indra Putra ledak gol bersama PT Athletic

BACA LAGI: Indra Putra, 42 tahun, sangkal tanggapan dia “manusia hebat”

"Ia jauh. Ia adalah sepakan percuma yang bagus. Lihat kepada caranya, tekniknya bagus, sepakan percumanya bagus. Posisinya juga berada dalam keadaan baik," kata Henry.

Sambil pujian diberikan kepada Indra, Henry turut mempersoal kualiti penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang tidak dapat menepis bola tersebut walaupun menggunakan dua tangan.

Legenda Arsenal itu berpendapat yang bekas penjaga gol kebangsaan itu seharusnya bertindak lebih baik.

"Tapi penjaga gol, dia mempunyai dua tangan untuk menepis bola tetapi dia tidak mampu melakukannya. Saya rasa penjaga gol perlu melakukannya dengan lebih baik," ujar Henry.

Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram