Belasah PDRM 5-1, penyokong Sri Pahang anggap akaun pemain sudah 'masyuk' dengan gaji


  • Podium
  • Isnin, 16 Sep 2024

Skuad Tok Gajah memperoleh tiga mata dengan penuh bergaya apabila menang besar 5-1 untuk menamatkan kemarau panjang kemenangan.

SRI Pahang FC kembali ke landasan kemenangan dalam Liga Super selepas mereka menewaskan PDRM FC di laman sendiri pada Ahad.

Lebih menarik, mereka memperoleh tiga mata dengan penuh bergaya apabila menang besar 5-1 untuk menamatkan kemarau panjang kemenangan.

Persembahan cemerlang anak-anak buah Fandi Ahmad dapat dilihat apabila mereka mendahului 4-0 pada separuh masa pertama.

BACA LAGI: Tolak peluang ke Perak dan Pahang, Hazwan Bakri akhirnya terima lamaran Aidil Sharin

BACA LAGI: Faisal Halim, 'The Silent Killer' antara nama pernah wakili TFC, Sri Pahang

Kemenangan besar itu nyata disambut baik oleh para penyokong yang dahagakan tiga mata. Namun, ia turut membuatkan penyokong Tok Gajah berfikir yang keadaan semakin baik di Sri Pahang.

Terdahulu, Sri Pahang sering dikait sebagai beberapa kelab Liga Super yang mempunyai masalah gaji tertunggak seperti dialami Kedah Darul Aman FC, Kuala Lumpur City FC dan Perak FC.

Melihat kepada kemenangan tersebut, ramai yang mula menduga, gaji pemain sudah masuk ke?

"Gaji masyuk dah la tu," kata penyokong Fadz Nasaruddin.

"Gaji masuk sekali (dengan) bonus ke tu?,'' soal Qaisar Rizal.

"Prestasi yang amat membanggakan buat Sri Pahang pada Ahad. Mungkin kesan daripada gaji sudah diperoleh," komen Shah Izuan.

Bagaimana pun, tidak ada sebarang petunjuk kuat mengatakan para pemain Sri Pahang sudah mula menerima gaji. Akan tetapi, jika benar mereka sudah mula menerima gaji, ia adalah petanda baik buat mereka.

Diharap agar dakwaan itu benar kerana para pemain seharusnya menerima hak mereka selepas mengerah kudrat di padang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram