[VIDEO] Alex kongsi kisah ex import 'scam', berlagak kononnya terlalu bagus buat Pahang


  • Podium
  • Rabu, 18 Sep 2024

Azamuddin pasti mempunyai pelbagai pengalaman mengenai import yang pernah menyertai skuad Tok Gajah sepanjang kariernya.

SEORANG pemain luar negara yang tidak menyerlah dalam arena bola sepak negara sering dilabel sebagai 'import scam' kerana masing-masing tidak membawa keuntungan diharapkan.

Perkara itu menjadi satu isu yang amat diharapkan dapat dielak kerana pihak pengurusan kelab sudah membuat pelaburan besar untuk membawa mereka ke Liga Super di samping menampung permintaan gaji tinggi.

Antara pemain sesuai untuk dilabelkan dalam kategori itu ialah bekas import Pahang, Mohamed Borji yang hadir dengan reputasi cukup baik selepas beraksi di sekitar Afrika dan Asia.

BACA LAGI: Masih belum puas, Alex sertai Wak Am, bekas kapten Perak ‘lepas gian’ warnai liga amatur

BACA LAGI: [VIDEO] Bekas tonggak JDT anggap rakan sepasukan di Sri Pahang ibarat Carlos Tevez

MOHAMED BORJI SUDAH JADI COACH..Menurut info di laman Transfermarkt.co .. Bekas Penyerang berbisa pasukan Pahang FA iaitu Mohamed Borji kini telah pun bersara dari pentas bola sepak profesional.. Kini beliau dilapor

Borji tidak membawa sumbangan besar buat skuad Tok Gajah.

Malah, pengalamannya beraksi di peringkat antarabangsa bersama Maghribi menjadikannya calon terbaik bagi membantu skuad Tok Gajah memburu pelbagai kejuaraan domestik.

Bagaimanapun, hal sebaliknya pula berlaku kerana berdasarkan rekod, dia hanya menjaringkan empat gol sepanjang semusim di kelab Pantai Timur itu dengan dua daripadanya hadir dalam kempen Piala FA.

Sumbangan mengecewakan itu sekali gus sesuai untuk meletakkannya dalam kategori 'import scam' dengan dia kemudiannya mengambil keputusan untuk pulang ke negara kelahiran bagi menyertai Wydad Casablanca.

Namun, kisahnya bersama Pahang tidak dapat dilupakan kerana baru-baru ini, bekas tonggak skuad Tok Gajah, Azamuddin Akil menceritakan semula momennya buat pasukan berkenaan.

Cerita itu disampaikan dalam podcast Bola Dulu Baru Kamu dengan pemain YPM FC dalam Liga A1 Semi Pro tersebut menceritakan bagaimana Mohamed Borji enggan menyertai aksi persahabatan.

"Pada ketika itu, Pahang ada perlawanan 'friendly' menentang Shahzan Muda dengan pasukan itu memang mudah untuk kami tundukkan.

"Import tersebut (Borji) tidak mahu tandatangani kontrak kerana berasakan mampu muncul penjaring terbanyak Liga Super. Rupanya, dia adalah 'import scam'," katanya.

Sesi perbincangan itu turut dihadiri tiga bekas pemain kebangsaan lain, iaitu Razman Roslan, Zaquan Adha serta Nizaruddin Yusof yang masing-masing juga pernah berdepan situasi demikian dalam karier mereka.

Perkara sedemikian sudah tentu menimbulkan kemarahan dalam kalangan skuad kerana pelaburan lebih besar sudah tentu dibuat pasukan demi membawa masuk seorang pemain import berkualiti.

Bagaimanapun, sumbangan mengecewakan daripada Mohamed Borji tidak memberi kesan terlalu besar terhadap Pahang pada tahun berkenaan yang menjulang Piala Malaysia selain mara ke separuh akhir Piala FA.

Dia kini dilaporkan sudah menamatkan karier dan menceburi bidang penyiaran sebagai seorang pundit dengan pengalaman serta kebolehannya membaca permainan amat dihargai di Maghribi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram