BEKAS tonggak Sri Pahang FC, Azamuddin Akil menyifatkan rakan sepasukannya, Fauzi Roslan memiliki persamaan dengan legenda Manchester United, Carlos Tevez.
Perkongsian yang didedahkan dalam podcast Bola Dulu Baru Kamu itu berjaya mencuri tumpuan penyokong Tok Gajah.
Menurut Azamuddin atau lebih dikenali sebagai Alex itu, dia menyifatkan pemain yang berketinggian 1.66 meter tersebut sama seperti Tevez kerana memiliki paha yang berotot meskipun bertubuh kecil.
BACA LAGI: [VIDEO] Ada aura macam Ramon Machado, fans Sang Badak 'restu' striker Brazil
BACA LAGI: Hanya sempat latihan 4 hari, Nafuzi kekal kemudi Sang Kenari, dedah lebih ramai lagi pemain keluar
Alex turut berkongsikan bahawa Fauzi atau mesra dengan sapaan Kojie itu memilih untuk menukar bidang kerjaya daripada seorang penjawat awam kepada pemain bola sepak profesional.
"Kojie itu sebelum ini kerja kerajaan tapi dia lebih memilih untuk menjadi pemain bola sepak profesional.
"Kojie ni macam Tevez, dia pendek tapi paha besar, dia tak boleh beli seluar jeans sebab tak muat," katanya dengan nada gurauan dalam podcast Bola Dulu Baru Kamu pada Sabtu.
Penceritaan itu membuatkan panel lain dalam sesi berkenaan, termasuk Zaquan Adha dan Razman Roslan tidak dapat menahan gelak dengan kisah dikongsikan itu.
Bersama Sri Pahang, Alex dan Kojie pernah membantu skuad Tok Gajah itu menjulang Piala Malaysia dan menamatkan penantian selama 21 tahun apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 bagi musim 2013.
Untuk rekod, sepanjang beraksi di pentas profesional, Azamuddin pernah mewakili beberapa pasukan Liga Super seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang dan Kedah.
Alex kini memilih untuk menabur bakti bersama YPM FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro.
Manakala, Fauzi pula mengambil keputusan untuk menggantung but pada 2021 selepas kali terakhir beraksi buat Kelantan FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,