MEREALISASIKAN hasrat ibu bapa pastinya menjadi impian bagi setiap anak-anak dengan ia merupakan matlamat paling besat yang perlu diusahakan.
Sama seperti individu lain, penjaga gol dari Selangor, Muhd Hadif Muhd Azizul juga memasang cita-cita untuk memastikan kedua orang tuanya berbangga dengan pencapaian yang dikecapinya dalam sukan bola sepak.
Muhd Hadif baru-baru ini dinobatkan sebagai pejaga gol terbaik kejohanan selepas membantu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) pada Ogos lalu selepas menewaskan SMK TTDI Jaya dengan keputusann 4-1.
BACA LAGI: Piala Dato' Mokhtar Dahari: Dah macam JDT, SMK Shah Alam 'bantai' SMK TTDI Jaya dalam hujan lebat
BACA LAGI: Perit jerih 9 tahun banggakan ibu, anak jati Gombak bintang dalam pembikinan Gergasi Merah
Anak jati Gombak, Selangor tersebut percaya anugerah yang diterima itu bukan hanya sekadar kejayaan ‘satu malam’ namun ia sebenarnya menjadi titik tolak untuk lebih ramai kumpulan pencari bakat menyedari kemahirannya.
Dari pencapaian itu juga sebenarnya membuka pintu peluang untuk Muhd Hadif merealisasikan impiannya ibunya yang ingin menyaksikan dia beraksi buat negeri kelahiran, Selangor FC pada suatu hari nanti.
“Saya berasa syukur dan berpuas hati dengan percapaian saya selepas dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik kerana itulah salah satu percapayan yang saya sasaran pada tahun ini. Kelab impian saya ialah Selangor FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana saya berminat dengan cara permainan mereka di Liga Super Malaysia
“Tetapi ibu saya pernah cakap pada saya sejak dulu lagi ‘mama nak tengok abang main dgn Selangor FC dalam Piala Belia dan Piala Presiden macam papa tapi kalau ada rezeki lebih abang nak ke Johor mama ikut sahaja yang mana abang minat’. Ini juga salah satu sebab kenapa saya pilih Selangor dan JDT sebagai pasukan impian saya,” katanya kepada Majoriti.
Muhd Hadif (kanan) bersama ibunya yang sentiasa memberi sokongan kepada pemain muda itu.
Ditanya bagaimana dirinya menghadapi tekanan sebelum perlawanan, kongsi Muhd Hadif, pesanan kedua orang tuanya sentiasa dijadikan bekalan untuk memotivasikan diri dalam setiap aksi penting.
Menurutnya, ayahnya yang sebelum ini berpengalaman bermain bersama pasukan Piala Presiden Pahang sentiasa mengingati mahu melihat anak sulung dari tiga beradik itu untuk bermain di peringkat lebih tinggi.
“Sebagai seorang permain bola sepak, saya yakin dgn semua pemain mesti ada rasa takut dan rasa hilang keyakinan sebelum mulanya perlawanan. Biasanya bila saya dah mula rasa takut, saya ingat akan pesan ibu ayah saya.
“Untuk pengetahuan semua, ayah saya seorang pemain bola sepak yang bermain untuk Piala Presiden. Dia mewakili pasukan Pahang pada usia mudanya, jadi dia selalu beri kata-kata semangat kepada saya dan
“Dia juga pernah cakap ‘papa nak abang main high level lagi dari papa,papa nak abang lebih lagi’, jadi kata-kata itu buatkan saya lebih yakin dan dapat naikkan semangat saya untuk hari perlawanan.
“Tak lupa juga dengan pesan ibu dan nenek saya, mereka pesan kepada saya untuk jaga solat dan banyakkan berselawat untuk tenangkan hati serta mudahkan urusan saya dalam semua perkara,” tambahnya.
Ayah Muhd Hadif (tengah), Azizul Jaafar pernah beraksi bersama Pahang pada 1994.
Dia yang menjadikan penjaga gol Harimau Selatan, Syihan Hazmi sebagai idola itu berada dalam acuan yang betul apabila Muhd Hadif hanya dibolosi dengan satu jaringan iaitu ketika beraksi menentang SMK TTDI Jaya di pentas akhir Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram