Masih belum puas, Alex sertai Wak Am, bekas kapten Perak ‘lepas gian’ warnai liga amatur


  • Podium
  • Selasa, 21 Mei 2024

Azamuddin akan kekal beraksi buat YPM FC selepas menyertai pasukan berkenaan musim lalu. — Facebook/AFL

SAINGAN Liga A1 Semi Pro bakal menyaksikan sebanyak 16 pasukan berentap untuk merebut kejuaraan daripada Imigresen FC yang muncul sebagai pemenang musim lalu.

Jadi, dalam misi merealisasikan impian itu, hampir kesemua kelab bertanding mengambil keputusan membawa masuk pemain berpengalaman yang diharapkan dapat memberikan tunjuk ajar kepada 'ubi muda'.

Antara pasukan yang berbuat demikian ialah YPM FC yang baru-baru ini mengumumkan bekas tonggak Harimau Malaya, Azamuddin Akil akan dikekalkan khidmatnya musim akan datang.

BACA LAGI: Keputusan AFL beri Kelantan 'masa tambahan' daftar pemain undang pertikaian

BACA LAGI: [VIDEO] Kalau ada kuasa, saya tolak penyertaan pasukan AFL — Safee Sali

2075901

Azamuddin pernah beraksi bersama beberapa kelab Liga Super. Facebook/Kedah FA

Dalam satu hantaran di laman media sosial Liga Bola Sepak Amatur (AFL), pemain yang juga dikenali sebagai Alex tersebut akan terus berbakti buat kelab berpangkalan di Pahang itu.

"Susuk tubuh kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini terus mendapat tempat apabila memperkuatkan YPM FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro yang akan memulakan saingan 1 Jun depan.

"Kini, pemain yang memiliki pengalaman hampir 25 tahun sama ada di peringkat kelab mahupun kebangsaan, Alex membuktikan dirinya masih lagi berbisa," tulis kenyataan itu.

Sepanjang beraksi di pentas profesional, Azamuddin pernah mewakili beberapa pasukan Liga Super seperti Johor Darul Ta'zim (JDT), Pahang dan Kedah.

Kebolehannya untuk mengucar-ngacirkan pertahan lawan menjadikannya sebagai salah seorang pemain sayap tempatan terbaik yang pernah disaksikan dengan kelibatnya akan terus dilihat dalam Liga A1 Semi Pro.

- Rangkuman aksi ketika perlawanan (Matchday 26) MBSB Bank Championship 2023 di antara Harini FT vs KL Rovers FC di Stadium UPM, Serdang.FULLTIME- HARINI FT  -  KL ROVERS FC@_.matyo9 25'#HariniFootballTeam #HFT #Re

Nasir (kanan) menjadi tonggak utama Harini FT sejak menyertai kelab itu. Instagram/Harini FT

Tahun lalu, Azamuddin sudah menabur bakti buat YPM FC dengan membawa mereka ke pentas akhir saingan Al Ikhsan Cup 2023 yang kini dikenali Liga A2 Amateur.

Namun, dengan semangatnya masih memuncak, pemain berkenaan akan terus beraksi dengan misi besar membawa YPM FC ke tahap lebih tinggi dalam saingan Liga A1 Semi Pro.

Azamuddin akan menyertai beberapa bekas bintang tempatan dalam liga amatur itu seperti Amri Yahyah yang kini beraksi buat Putrajaya Athletic FC dan Nasir Basharudin untuk Harini FT.

Selain itu, liga berkenaan turut menyaksikan beberapa pemain muda mengambil peluang memperkenalkan diri masing-masing dengan harapan dapat diserap ke Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram