WALAUPUN berjaya meraih kemenangan berdepan Negeri Sembilan FC pada Sabtu, pengendali Perak FC, Yusri Che Lah masih tidak berpuas hati dengan kualiti penyudah ditampilkan barisan serangannya.
Perak menang 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Clayton da Silva pada separuh masa kedua.
Ia terhasil selepas Perak melancarkan serangan bertali arus ke kubu Negeri Sembilan tetapi dikecewakan oleh ketangkasan penjaga gol tuan rumah iaitu Aqil Razak.
BACA LAGI: ‘Nak bola rope itu baru boleh gol’, kecemerlangan Aqil Razak bikin fans Perak tak senang duduk
Luciano Guaycochea gagal menyempurnakan penalti bertemu Negeri Sembilan.
"Kami bertahan dengan baik dan mempunyai banyak peluang menerusi serangan balas pantas yang kita sia-siakan," ujar Yusri.
Kerisauan tersebut wajar disuarakan oleh Yusri kerana setakat ini, Perak hanya memperoleh kemenangan di tempat lawan.
Sebagai rekod, Perak menewaskan tiga lawan setakat ini dalam Liga Super iaitu berdepan Kedah Darul Aman FC, Kelantan Darul Naim FC serta Negeri Sembilan.
Menyedari rekod di tempat lawan lebih baik, Yusri berharap mereka dapat membaiki prestasi apabila bermain di depan penyokong mereka sendiri di Stadium Perak, Ipoh.
Lawan seterusnya untuk Perak adalah berdepan Kuala Lumpur City FC pada 21 September di Ipoh.
"Para pemain saya tetap mengekalkan tahap kecergasan mereka walaupun berehat selama tujuh minggu.
"Negeri Sembilan tidak memberikan cabaran terbaik kepada kami tapi kami masih perlu bekerja keras untuk kemenangan ini. Sekarang ini saya berharap kami dapat tamatkan penantian untuk meraih kemenangan di laman sendiri," kata Yusri. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram