PERSEMBAHAN Arsenal dalam menewaskan musuh tradisi, Tottenham Hotspur semasa aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad meraih pujian legenda Manchester United, Gary Neville.
Arsenal menang 1-0 di laman lawan untuk memastikan cabaran mencabar EPL terus hidup walaupun tempang tanpa perancang dan kapten iaitu Martin Odegaard yang cedera selain Declan Rice yang digantung perlawanan.
Jaringan daripada pertahanan, Gabriel Magalhaes sudah cukup untuk menjadikan Arsenal pemegang status quo di utara London.
BACA LAGI: [VIDEO] Legenda Arsenal komen sepakan percuma Indra Putra, kualiti tepisan keeper Sang Badak
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas striker Man United naik angin, bek Arsenal sengaja cari pasal di kem Belanda
Melihat kepada persembahan baik Arsenal, Neville secara terbuka berasakan The Gunners beraksi seperti juara EPL bagi musim ini.
Neville mengaitkan perkara itu dengan misi Mikel Arteta yang menandatangani kontrak lanjutan bersama Arsenal iaitu ingin mendapatkan kejuaraan liga buat kelab tersebut.
"Arteta menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun dengan satu misi, untuk memenangi gelaran EPL. Itu bukan sasaran yang hanya untuk dia, tetapi bagi para pemain, penyokong dan pihak atasan kelab.
"Keputusan (menewaskan Tottenham) memberikan sesuatu. Peningkatan yang mereka peroleh harus ditamatkan dengan pingat kemenangan liga di leher mereka dan aksi seterusnya (bertemu Manchester City) memberi peluang kepada kita untuk melihat sejauh mana Arsenal sudah meningkat.
"Apa yang Pep Guardiola dan City kecapi beberapa tahun lalu memang cemerlang, tapi mereka sekarang mempunyai pencabar yang cukup hebat," jelas Neville.
Ujian berat Arsenal selepas menewaskan Tottenham adalah bertemu City di tempat lawan. Sekiranya berjaya menewaskan juara bertahan itu, The Gunners memberikan mesej yang mereka benar-benar mahu menjadi juara musim ini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram