Faisal Halim, 'The Silent Killer' antara nama pernah wakili TFC, Sri Pahang


  • Podium
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Faisal Halim antara pemain yang pernah beraksi untuk Terengganu dan Sri Pahang.

DERBI Pantai Timur melibatkan Terengganu FC dengan Sri Pahang FC kembali lagi dengan kedua-dua kelab ingin bertemu buat kali pertama pada musim ini dalam saingan Liga Super.

Berlangsung pada Jumaat pukul 8.15 malam di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu, Sri Pahang mempunyai kelebihan apabila mereka menang sekali dan seri sekali bertemu Terengganu dalam liga musim lalu.

Perlawanan itu cukup menarik untuk disaksikan dengan sejak dahulu kerana ramai pemain pernah mempunyai rekod beraksi untuk kedua-dua kelab.

BACA LAGI: Bekas pengendali HM, legenda kelab boleh galas tugas ketuai TFC jika Tomi undur diri

BACA LAGI: Bukan benda baharu, dulu pun isu pertahanan Pahang buat jurulatih pening sendiri

Berikut antara nama-nama pemain yang pernah mengenakan jersi kelab terbabit.

Faisal Halim

Nama Faisal Halim jelas mekar dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan. Bintang Selangor FC itu kini menjadi pemain kegemaran ramai penyokong bola sepak negara.

Faisal mungkin bersama Selangor sekarang tapi tahukah anda yang dia bersama dengan Sri Pahang pada fasa awal kariernya?

EgZHBxqUwAEK0Vs

Faisal bersama Sri Pahang selam lima musim. — Agensi

Pemain sayap itu beraksi untuk Sri Pahang pada 2016 dan menghabiskan lima musim di sana sebelum menyertai Terengganu pada 2021.

Tempoh masanya di Terengganu tidak begitu lama tapi kematangan dalam permainannya membuatkan nama Faisal sentiasa meniti di bibir penyokong skuad Penyu hingga sekarang.

Ashari Samsudin

Seorang yang dianggap legenda dalam bola sepak Terengganu, Ashari Samsudin sememangnya nama besar dalam sejarah skuad Penyu.

Digelar sebagai The Silent Killer oleh penyokong, Ashari menghabiskan majoriti kariernya bersama Terengganu daripada 2008 hingga 2017.

1580311370572582-0

Ashari Samsudin hanya beraksi untuk Terengganu dan Sri Pahang dalam karier kelabnya. — Agensi

Pemenang Piala Asean 2010 itu kemudiannya menyertai Sri Pahang pada 2018 dan kembali semula ke pangkuan Terengganu pada 2020.

Selepas musim 2020, Ashari mengumumkan persaraannya dengan hanya Sri Pahang dan Terengganu merupakan kelab diwakili dalam kariernya.

Kpah Sherman

Jika dua nama pertama adalah bintang tempatan yang menjadi pujaan penyokong kedua-dua kelab, nama seterusnya adalah pemain import iaitu Kpah Sherman.

Sepanjang berada di Malaysia, Sherman pernah bermain dengan beberapa kelab seperti PKNS FC dan Kedah Darul Aman FC.

WhatsApp Image 2024-08-15 at 18.00.14

Kpah Sherman beraksi untuk lima kelab di Liga Malaysia. — MFL

Selepas bersama Kedah dari 2019 hingga 2022, Sherman kemudiannya menyertai Terengganu selama semusim sebelum menyertai Sri Pahang pada 2023.

Di Terengganu, Sherman menghasilkan 13 gol dalam 22 penampilan. Sementara bersama Sri Pahang, Sherman menyumbang 16 gol dalam 36 aksi dalam semua pertandingan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram