28 pemain golf diserap ke NJDP, jadi potensi bintang masa depan Malaysia


  • Podium
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Seramai 28 pemain remaja diserap masuk dalam program NJDP.

SERAMAI 28 pemain golf muda berpotensi diserapkan ke dalam Program Pembangunan Remaja Kebangsaan (NJDP) yang diusahakan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA).

Dalam sebuah majlis penyerahan beg golf kepada ahli pasukan NJDP untuk 2024 yang diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur, seramai 17 pemain lelaki dan 11 pemain wanita menjadi penerima.

Maverick Chua, Saiful Hakimi Rosli dan Afham Othman antara penerima dalam kalangan pemain lelaki sementara Alya Afza Zahari, Arthy Ganesan dan Ngo Yi Belle daripada kalangan pemain perempuan.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ibu bapa saya mungkin dah habiskan berjuta', Alya Afza harap ada penaja bantu gapai cita-cita jadi pemain profesional

BACA LAGI: JGE2024 beri peluang 600 pemain amatur golf rebut RM14,000 lawan atlet profesional

photo_2024-09-14_13-42-37

Aiden Tai John Roberts (tengah) antara penerima beg golf bagi program NJDP 2024.

Bercakap ketika majlis tersebut, Presiden MGA, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berasa bangga melihat potensi yang boleh dicapai oleh para pemain golf muda negara.

Dia menegaskan yang NJDP merupakan program penting dalam membentuk masa depan golf Malaysia.

"Program NJDP adalah tulang belakang kepada masa depan golf kita. Kami sangat komited dalam membentuk generasi seterusnya untuk bakat golf Malaysia.

"Acara pada hari ini (Sabtu) adalah bukti kepada kejayaan berterusan NJDP. Ia menjadi visi kami untuk melihat para pemain remaja bersaing di peringkat tertinggi di kejohanan tempatan dan antarabangsa," kata Anwar.

Dalam majlis tersebut menyaksikan pengumuman mengenai pertandingan bakal dihadapi oleh para pemain remaja negara dalam kejohanan anjuran MGA.

MGA akan menganjurkan tiga pertandingan iaitu MGA JGE Junior Open pada 3 hingga 5 Oktober di Kelab Golf Senibong, Johor.

Dua lagi pertandingan adalah Malaysian International Junior Open pada 21 hingga 24 Oktober di Resort Golf Tanjung Puteri, Johor dan AIJG Asian Junior Circuit Championship bermula 26 hingga 28 November dekat Glenmarie Golf and Country Club, Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram