Tiada masalah jika mansuh Liga Premier, tapi semua pihak kena komited wujudkan liga sempurna


  • Podium
  • Sabtu, 14 Sep 2024

Liga Premier tidak akan kembali pada musim 2025/2026.

MASA depan piramid bola sepak Malaysia dilihat bakal diteruskan tanpa saingan divisyen dua iaitu Liga Premier.

Memetik Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi memberi bayangan yang saingan divisyen dua itu dilihat tidak akan kembali dalam masa terdekat.

Akan tetapi, Rossi tidak menolak kemungkinan yang saingan divisyen dua itu akan kembali. Cuma, untuk musim 2025/2026, ia tidak akan berlaku.

BACA LAGI: 'Kenapa tak boleh eksport pemain?' bekas coach Kedah akui hanya JDT, Selangor serius untuk bola sepak Malaysia

BACA LAGI: 'Siapa yang setuju?', penyokong Terengganu FC berang tak guna peluang balas dendam Selangor

240672076_6092657490806705_5229060762892104591_n

Negeri Sembilan antara kelab pernah memenangi Liga Premier.

Kenyataan Rossi itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada penyokong bola sepak tempatan. Ada yang menanggap tiada masalah jika Liga Premier tidak diadakan jika mengambil kira situasi sukar dihadapi kelab-kelab Liga Super mengenai kewangan.

Ada yang memberikan contoh saingan domestik Korea Selatan iaitu K-League yang diadakan tanpa divisyen dua untuk satu tempoh lama dan masih berjaya menghasilkan bintang berkualiti.

"Dulu liga Korea Selatan dari 1993 hingga 2012 pun tak ada divisyen dua, mereka cuma ada divisyen satu tapi mereka dapat lahirkan pemain bagus-bagus sebab komitmen dan tanggungjawab setiap kelab itu tinggi. Nak wujudkan dua divisyen bukannya senang sebab kos semakin tinggi, kena cari dana besar baru boleh selenggara dua liga sempurna," kata penyokong bernama Idzuan Latif.

"Tak perlulah, mengarut Liga Premier ni. Penuh dengan pasukan feeder. Bila juara tak boleh naik Liga Super, slot diberi kepada pasukan di bawah yang belum bersedia dari segi kewangan dan kualiti dipaksa naik Liga Super. Musim seterusnya duduk tangga tercorot di Liga Super dan sangkut gaji, tak lulus pelesenan kelab," komen Bob Ennis pula.

"Isu penswastaan perlu dikaji semula, pasukan semuanya lingkup. Hanya satu pasukan yang kukuh sedangkan Liga Malaysia dulunya ada 14 hingga 15 pasukan," ujar Nizam Aslina.

Status Liga Premier adalah 'direhatkan' buat sementara waktu oleh MFL dengan musim 2022 merupakan kali terakhir ia dianjurkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram