LEGENDA Selangor FC, Amri Yahyah muncul watak penting dalam kemenangan 3-1 ke atas Bukit Tambun FC dalam perlawanan kedua Liga A1 Semi Pro MBSB Bank Championship 2024/2025 pada Sabtu.
Bekas pemain Sabah FC yang juga digelar Ketua Kampung Likas itu berjaya meletakkan Putrajaya Athletic FC di kedudukan selesa selepas membantu kelabnya itu mencetak dua gol pada minit ke-46 dan 90+5 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MMU, Cyberjaya.
Menariknya gol kemenangan tersebut, Amri berhasil merobek pintu gawang lawan beberapa saat sebelum wisel penamat ditiupkan dengan menyaksikan keputusan akhir 3-1.
BACA LAGI: Dion Cools gesa Harimau Malaya ubah mentaliti, raih kemenangan besar berdepan Taiwan
BACA LAGI: Enam penggiat seni lokal terima geran RM60,000 bantu perkasa hasil kraf tempatan
Bukan itu sahaja, sentuhan berbisa pemain veteren Kelantan Darul Naim (KDN), Indra Putra Mahayuddin yang dianggap tidak ditelan usia turut mencetak nama selaku penjaring gol kedua PT Athletic.
Indra Putra (kiri) mencetak nama selaku penjaring kedua PT Athletic. — Facebook/Putrajaya Athletic FC
Gol minit-minit akhir yang dihasilkan oleh Amri itu nampaknya memberi impak positif kepada penyokong PT Athletic itu sendiri.
Dalam pada itu, meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong memuji sentuhan berbisa yang ditampilkan oleh legenda Selangor FC itu sekali gus meletakkan pasukannya itu sebagai antara pilihan utama Liga A1 Pro.
"Otai masih berbisa, Wak Am berbisa di atas padang," kata Zulfahmi Aidil.
"Fuhhh...orang lama yang buat gol, padu," kata Safwan Azizi.
"Mantap Wak Am, bekas ketua kampung Likas," kata Yursy Zhirkov. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram