'Kipas susah mati' Gergasi Merah ada banyak sebab saksikan pertembungan Palestin-Jordan di Cheras


  • Podium
  • Selasa, 10 Sep 2024

Reziq Bani Hani melakukan penampilan pertamanya untuk Jordan ketika menentang Kuwait.

PALESTIN berdepan Jordan dalam perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 bertemu Jordan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada Selasa.

Perlawanan yang terpaksa diadakan di gelanggang neutral itu adalah kerana pergolakan yang berlaku di Gaza dan ia memaksa Palestin untuk beraksi jauh dari negara mereka.

Perlawanan sebegini lazimnya kurang mendapat perhatian. Namun dengan ramai pemain Jordan beraksi di Malaysia terutamanya bersama Selangor FC, penyokong Gergasi Merah mungkin akan terfikir untuk menyaksikan bintang mereka beraksi dekat Cheras.

BACA LAGI: Nilai tebus kontrak cecah RM4.4 juta, Selangor perlu fikir semula dapatkan Yazan Al-Naimat

BACA LAGI: Dari Selangor ke Korea, Yazan sah sertai FC Seoul

Ali Olwan

Sebagai salah satu rekrut baharu Selangor, pastinya penyokong teruja untuk menyaksikan bagaimana penyerang itu akan beraksi.

Setakat ini, Ali hanya bermain dalam perlawanan bukan kompetitif buat Selangor seperti Piala Sultan Selangor menentang Pilihan Singapura di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

2892483

Ali Olwan menjaringkan gol kemenangan Jordan ketika bertemu Korea Utara pada aksi persahabatan.

Bermain selama 90 minit menentang Kuwait, sudah pasti persembahan Ali memberikan gambaran kepada penyokong Selangor mengenai apa yang boleh dia lakukan di peringkat tertinggi.

Sudah pasti berdepan Palestin, Ali diturunkan kesebelasan utama dan penyokong Selangor tak akan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahannya di Cheras.

Reziq Bani Hani

Nama Reziq pantas menjadi kegemaran penyokong Selangor sejak ketibaan pada awal musim. Walaupun sering dimasukkan sebagai pemain gantian, tetapi permainannya sentiasa menghiburkan.

Apa yang menariknya, walaupun sudah mula dipanggil ke skuad senior Jordan sejak 2023 lagi, tetapi Reziq belum lagi melakukan sebarang penampilan.

Penampilan pertamanya adalah pada 6 September apabila mereka seri 1-1 bersama Kuwait dengan Reziq beraksi sebagai pemain gantian.

Bertemu Palestin, mungkin khidmat Reziq akan diperlukan untuk mencari gol dan memberikan kemenangan buat Jordan.

Yazan Al-Naimat

Satu lagi nama yang boleh disaksikan oleh penyokong Selangor secara dekat adalah penyerang utama Jordan iaitu Yazan Al-Naimat.

Beraksi cemerlang di Piala Asia 2023, namanya mula disebut untuk dibawa ke Selangor dan begitu hampir untuk tiba sebelum Yazan memilih untuk bersama Al-Arabi di Qatar.

458376425_1524141831574254_8301672352167585036_n

Yazan (kanan) kekal sebagai ancaman terhebat Jordan.

Penyokong Selangor boleh melihat aksi Yazan secara dekat sambil mengenangkan apakah yang mereka terlepas daripada penyerang itu dek kerana tidak menyertai Gergasi Merah.

Harapnya, penyokong Selangor yang ke stadium nanti jangan terlalu kesalkan kenapa pengurusan tidak mengambil Yazan menyertai Gergasi Merah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram