MALAYSIA sekali lagi akan mencuba untuk mendapatkan kejuaraan Pestabola Merdeka apabila mereka berdepan Lubnan pada Ahad.
Pertarungan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 malam itu menjadi penentu penting buat Harimau Malaya terutamanya buat pengendali iaitu Pau Marti.
Jika dia berjaya membawa pulang kejuaraan, ia sedikit sebagai dapat memujuk kembali penyokong Harimau Malaya yang kini sedang aktif memboikot kejohanan jemputan itu.
BACA LAGI: 'Ada tak kena', Harimau Malaya didesak tingkatkan persembahan jika mahu benam Lubnan
Ramai mahukan Endrick diletakkan sebagai kesebelasan utama bertemu Lubnan.
Walaupun boikot masih lagi berlaku, tetapi masih terdapat penyokong yang tetap memberikan tumpuan kepada kejohanan tersebut.
Malah, ada yang mengharapkan Marti melakukan perubahan bagi perlawanan berdepan Lubnan supaya Harimau Malaya tampil garang untuk mendapatkan kejuaraan.
Salah satu cadangan adalah untuk memberikan peluang kepada pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Endrick dos Santos, beraksi dan menggantikan Paulo Josue.
Endrick yang mempunyai kebolehan dalam merangka serangan serta bagus dalam situasi bola mati dilihat mampu menawarkan lebih kualiti buat Harimau Malaya jika benar mahu menewaskan Lubnan.
Oleh itu, terdapat suara daripada penyokong mahukan ikon KL City itu diletakkan pada bangku simpanan untuk perlawanan akhir.
"Paulo Josue rehat dulu, masukkan Endrick," kata penyokong bernama Zaki Hassan.
"Paulo Josue tu wajib direhatkan. Bagilah masuk Endrick pula," ujar Rusydi Rahman.
"Serangan yang dibina dari bahagian pertahanan dilihat sukar untuk menggerakkan bola ke bahagian depan.
"Kelihatan pemain kerap menghantar bola ke belakang dan tidak berupaya menghantar bola ke depan. Di sini perlunya pemain tengah yang kreatif dan berani dalam membawa bola ke depan dan bijak menghantar bola untuk pemain serangan.
"Syafiq Ahmad, Endrick Dos Santos adalah pemain yang tepat dalam mengisi bahagian tengah negara," komen VEshirt Visi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram