[VIDEO] Akhirnya menang aksi kompetitif sejak 20 tahun, kesungguhan San Marino patut dicontohi Man United


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Pemain San Marino meraikan jaringan ketika bertemu Liechtenstein.

KESABARAN merupakan satu perkara yang agak sukar untuk ditemui dalam bola sepak moden. Misalnya, penyokong atau pengurusan akan tidak sabar dengan barisan kejurulatihan apabila mereka tidak memberi keputusan baik di padang.

Namun begitu, nilai tersebut masih lagi ada terutamanya daripada penyokong negara kecil Eropah iaitu San Marino.

Sejak bertahun lamanya, San Marino sering menjadi mangsa belasahan ketika beraksi dalam perlawanan seperti kelayakan Euro atau kelayakan Piala Dunia di zon Eropah.

BACA LAGI: David de Gea kembali dijulang, bantu kelab Itali layak ke pentas Eropah

BACA LAGI: Pengelola liga, kesatuan pemain sekitar Eropah mahu heret FIFA ke muka pengadilan

Sejak kali terakhir memenangi perlawanan kompetitif pada 2004 menentang Liechtenstein, penyokong San Marino terpaksa menanti selama dua dekad sebelum kejayaan akhirnya hadir.

Penantian tersebut berakhir pada Jumaat apabila bertemu lawan yang sama, San Marino yang dianggap pasukan kebangsaan paling lemah di dunia berjaya memenangi aksi Liga Negara-Negara UEFA (UNL) dengan keputusan 1-0.

Jaringan Nicko Sensoli pada minit ke-53 sudah cukup untuk menamatkan penantian panjang itu dan memberikan tiga mata pertama buat San Marino dalam perlawanan pertama UNL.

Kemenangan tersebut nyata mencipta reaksi penuh gila oleh penyokong San Marino yang meraikan kejayaan yang jarang-jarang sekali berlaku kepada mereka.

Sebuah rakaman daripada tempat duduk penonton menyaksikan penyokong San Marino tidak dapat menahan kegembiraan berjaya memenangi perlawanan kompetitif pertama dalam 20 tahun.

Jelas sekali, kesabaran penyokong San Marino dibayar dengan harga mahal apabila perlu menanti terlalu lama untuk sebuah kemenangan datang.

Itulah yang perlu dilakukan oleh penyokong Manchester United. Selepas megah semasa era Sir Alex Ferguson, bahtera United nyata goyah tidak kira dengan siapa pun pengurusnya.

Mungkin sekarang, United sedang goyah bersama Erik ten Hag, tapi baru tiga musim dan bukannya 20 tahun. Sabarlah sikit, boleh? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram