SATU masa dahulu, bola sepak Johor tidaklah berada pada tahap yang baik. Mereka sering dianggap pasukan pertengahan dan jarang sekali mencabar kejuaraan.
Namun begitu, satu detik yang mengubah bola sepak Johor berlaku pada 2012 apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membuat keputusan untuk mengambil alih revolusi sukan di negeri tersebut.
"Di kesempatan ini saya juga berjanji kepada anda semua iaitu saya akan buat apa sahaja untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Johor," kata TMJ pada 12 tahun lalu.
BACA LAGI: Apa yang Pan-gon maksudkan dengan bahaya? — TMJ
BACA LAGI: 'Buat apa nak malu?' fans Sabah syukur SAFA terima bantuan TMJ
TMJ berkongsi gambar kenangan sewaktu mula menceburi bola sepak Johor.
Sejak itu, TMJ mula mengambil langkah dengan mewujudkan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang turut dikenali sebagai Harimau Selatan.
TMJ mula membawa masuk nama-nama besar dalam bola sepak tempatan seperti Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali. Selain itu, TMJ turut membawa bintang import ternama seperti Dani Guiza, Simone Del Nero, Luciano Figeora dan ramai lagi.
Pelaburan besar turut dibelanjakan kepada fasiliti Harimau Selatan dengan kompleks latihan Padang Seri Gelam, Johor Bahru merupakan yang terbaik di Malaysia.
Selain itu, JDT mempunyai Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri serba moden selain Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin yang sudah dinaiktaraf dari segala aspek.
Kini, 12 tahun sudah berlalu, JDT sudah menjadi gergasi moden bola sepak Malaysia. Dengan rekod kejuaraan Liga Super 10 musim berturut-turut serta pelbagai gelaran domestik lain membuatkan mereka sukar dicabar kelab lain.
Malah, gelaran Piala AFC pada 2015 meletakkan Harimau Selatan dalam peta bola sepak Asia selain menjadi mereka satu-satunya wakil Malaysia memenangi pertandingan itu.
Janji TMJ kepada warga Johor untuk memberikan status quo bola sepak tempatan kepada mereka terlaksana. Hingga kini, tiada ada tanda-tanda status itu hendak diserahkan kepada pihak lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram