JADUAL padat saban tahun menjadi kerisauan hampir kesemua kelab profesional bola sepak, terutamanya di Eropah yang dilihat terkesan dengan perkara tersebut.
Impak paling buruk terhadap masalah itu adalah pemain sering mengalami kecederaan apabila mereka tidak dapat berehat secukupnya.
Jadi, dalam menyelesaikan masalah tersebut, liga-liga utama sekitar benua tersebut mengambil keputusan untuk mengheret badan induk bola sepak global, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke muka pengadilan.
BACA LAGI: Lupakan Ivan Mamut, tiba masa Pahang, Penang, KL City percayakan 'striker' lokal
BACA LAGI: [VIDEO] FAM, MFL berdepan risiko lesen liga dari AFC ditarik balik
Liga utama sekitar benua mengambil keputusan untuk mengheret Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke muka pengadilan.
Berdasarkan laporan dikeluarkan FotMob, gerakan itu turut disertai persatuan pemain yang mendakwa FIFA hanya memikirkan keuntungan tanpa mengetengahkan kebajikan pemain.
Aduan rasmi yang dikeluarkan mendakwa badan induk tersebut melanggar peraturan dan undang-undang Kesatuan Eropah (EU) serta menyukarkan pengelola dan pasukan.
"Berikutan keputusan dibuat wakil persatuan seluruh Eropah, kesatuan liga Eropah dan FIFPRO Eropah akan membuat aduan rasmi terhadap FIFA berhubung kalendar antarabangsa.
"Selepas beberapa tahun, liga-liga dan kesatuan pemain sudah berkali-kali mendesak FIFA supaya mewujudkan proses lebih jelas dan adil berhubung kalendar FIFA.
"Aduan terakhir yang dibuat adalah pada Mei 2024 terhadap Majlis dan Kongres FIFA, namun mereka enggan mengambil kira pandangan pengelola liga dan pemain dalam membuat keputusan," katanya.
Pengurus Manchester City, Pep Guardiola.
Beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa ikon bola sepak mendesak supaya sebuah kalendar lebih ringan dikeluarkan bagi mengurangkan masalah kecederaan pemain.
Antara yang menyuarakan perkara itu ialah pengurus Manchester City, Pep Guardiola berikutan beberapa siri masalah yang dialami anak-anak buahnya.
Namun, FIFA seperti mengendahkan desakan tersebut dengan format baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang lebih padat hanya akan meningkatkan risiko.
"Liga Eropah dan FIFPro Eropah sudah diberitahu mengenai keputusan wakil Eropah mengenai keputusan mereka dan akan bekerja rapat antara satu sama lain, termasuk dengan melibatkan institusi awam berkaitan sepanjang proses siasatan," tulisnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram