Penang ibarat sudah malang ditimpa tangga lepas tewas dengan Kedah


  • Podium
  • Jumaat, 05 Jul 2024

Fairuz (kiri) dibuang padang ketika berdepan Kedah.

PEMAIN Penang FC, Fairuz Zakaria perlu menunjukkan sebab kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas tindakan kasarnya ketika bertemu Kedah Darul Aman FC.

Pada aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Sang Kenari di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, Fairuz dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua dan seterusnya dibuang padang.

Namun begitu, Fairuz kemudiannya bertindak berlebihan apabila menyentuh pengadil, Ahmad Zuhadi Dzulkifli dan menunjukkan isyarat lucah selepas tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

BACA LAGI: Berkali 'ketuk' pintu, tapi Penang masih gagal sumbat bola ke gawang Kedah

BACA LAGI: ‘Dari junior sampai senior lemau’, fans Penang tarik ‘handbrake’, mula seru nama YB

fairuz-zakaria

Fairuz berdepan hukuman oleh FAM. — MFL

Pemain tersebut juga dilihat menolak muka pemain Kedah, Habib Haroon sebelum Rafael Vitor terpaksa masuk untuk menenangkannya.

Tindakan Fairuz itu mendapat perhatian FAM dengan badan induk bola sepak negara mengarahkan pemain tersebut menjawab surat diutuskan kepadannya sebelum atau pada 10 Julai.

Menurut Pengurus Penang, Jeffrey Chew, Fairuz sebenarnya mempunya pilihan untuk menjawab atau mengabaikan saja surat tersebut namun pihak kelab mengarahkan pemain tersebut memberikan respons.

"Dia diberikan tempoh seminggu dan pada 10 Julai ini, dia mesti sudah menjawab surat itu. Dia mempunyai hak untuk membalasnya atau tidak tetapi pihak pengurusan mengarahkannya untuk menjawab surat itu," kata Jeffrey.

Jika didapati bersalah, Fairuz dijangka bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh FAM dengan hukuman seperti pergantungan dan denda menanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram