KEPUTUSAN cukup memberangsangkan berjaya direkodkan skuad kebangsaan Indonesia apabila mereka mengikat Arab Saudi 1-1 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Arab Saudi di tempat lawan pada awal pagi Jumaat.
Mereka yang mendahului menerusi Ragnar Oratmangoen pada minit ke-19 tidak berdepan sebarang masalah untuk menguasai permainan ketika berdepan pasukan lebih berkualiti itu.
Walaupun dibolosi pada masa tambahan separuh masa pertama, skuad Garuda masih beraksi bersungguh-sungguh dalam misi membawa pulang mata penting dalam perlawanan tersebut.
BACA LAGI: Dituduh perlekeh Indonesia, fans Garuda minta turunkan skuad B-16 jumpa Harimau Malaya
Skuad kebangsaan Indonesia sudah jauh meninggalkan Harimau Malaya.
Jadi, selepas berhempas-pulas untuk 90 minit, wakil tunggal Asia Tenggara dalam pusingan ketiga kelayakan itu mencatatkan keputusan seri yang sekali gus menghadiahkan mata penting buat mereka.
Kejayaan itu amat diraikan peminat bola sepak Indonesia yang berasakan pasukan negara itu tidak boleh lagi dipandang rendah dalam pusingan tersebut.
Malah, keputusan mengagumkan itu turut dicemburui penyokong Harimau Malaya yang mendesak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meniru perancangan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
"Pemain warisan Indonesia pun ada yang masih dalam kategori Bawah 23 Tahun (B-23). FAM sahajalah yang tidak cukup progresif dalam memujuk pemain warisan menyertai pasukan negara.
Harimau Malaya dan skuad Garuda perlu mempunyai persaingan sihat antara satu sama lain.
"Selepas itu, ada pula dalam kalangan penyokong yang sukar menerima kehadiran mereka kerana bukan anak jati, jadi sukar mengakui kehadiran pemain-pemain ini buat Harimau Malaya," kata Abdl Malek.
"Sudah pernah dikatakan sebelum ini, Indonesia memang melakukan rombakan besar-besaran terhadap pasukan bola sepak mereka. Ramai pula yang tidak mengendahkan perkara ini," kata Aku Hayy.
"FAM perlu bersungguh-sungguh untuk cari pemain warisan negara. Di Eropah, ramai calon tersedia. Nak atau tidak sahaja persoalannya kerana pucuk pimpinan terlalu selesa," kata Idham Hazeeq.
Tunku Ismail memberi bayangan Harimau Malaya akan diswastakan.
Ketika ini, harapan negara untuk ke Piala Dunia akan datang sudah terpadam apabila hanya berada di kedudukan ketiga ketika pusingan kelayakan kedua sebelum ini.
Jadi, untuk menyelesaikan perkara ini, bekas Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan supaya skuad kebangsaan diswastakan demi perubahan pada masa akan datang.
Bagaimanapun, kejayaan Indonesia di pentas antarabangsa membuktikan pendekatan sedemikian tidak diperlukan apabila pelbagai cara lain boleh dilaksanakan bagi menyaksikan perubahan.
Sekiranya FAM terbuka untuk mengikut jejak PSSI, persaingan lebih sihat sudah tentu dapat disaksikan antara pasukan bola sepak di Asia Tenggara di samping Thailand dan Vietnam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram