'Ada tak kena', Harimau Malaya didesak tingkatkan persembahan jika mahu benam Lubnan


  • Podium
  • Khamis, 05 Sep 2024

Skuad kebangsaan masih belum boleh berpuas hati dengan kemenangan 2-1 yang direkodkan ketika berdepan Filipina. — Facebook/FAM

KEMENANGAN 2-1 ke atas Filipina pada Rabu sudah cukup untuk meletakkan Harimau Malaya dalam pentas akhir Pestabola Merdeka 2024 meskipun sokongan kurang meriah dirasakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Meskipun ketinggalan kepada skuad The Azkals, skuad kebangsaan dapat mengikat kedudukan menerusi percubaan deras Syamer Kutty Abba pada minit ke-43 permainan.

Pada babak kedua pula, serangan demi serangan dilancarkan kedua-dua pasukan, namun kelebihan akhirnya berpihak kepada tuan rumah apabila pasukan negara dihadiahkan sepakan penalti.

BACA LAGI: Tak ramai tak apa, Bukit Jalil bergema sorak kemaraan HM ke final Pestabola Merdeka

BACA LAGI: Dah bertemu dalam Pestabola Merdeka, bek Perak mahu terus rantai Arif Aiman di Liga Super

458101572_1218697359203498_5335592393515290600_n

Safawi menyempurnakan penalti untuk memastikan kemenangan buat Harimau Malaya. Facebook/FAM

Tendangan itu kemudiannya disudahkan Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain simpanan dengan kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kejayaan itu sudah tentu amat bermakna buat Harimau Malaya yang berjaya mara ke pentas akhir Pestabola Merdeka buat tahun kedua berturut-turut.

Bagaimanapun, penyokong yang majoriti daripadanya tidak menonton perlawanan di stadium beranggapan kemenangan itu kurang bermakna melihat kepada persembahan pasukan.

Ini kerana mereka mahu satu gaya permainan lebih menarik dan enggan hanya berharap kepada keputusan setiap kali Harimau Malaya beraksi di pentas antarabangsa.

458380130_1218736342532933_5728420704833871120_n

Perubahan sememangnya diharapkan penyokong bagi perlawanan akan datang. Facebook/FAM

"Ada yang tak kena dengan pasukan kita. Cuma kematangan dan ketenangan yang membezakan pasukan kita dengan Filipina. Banyak yang perlu dibaiki menentang Lubnan nanti," kata Nadarajan Veloo.

"Jauh sangat beza permainan Kim Pan-gon dan Pau Marti Vicente. Kalau main begini ketika berdepan Lubnan nanti, masaklah. Kenapa kita tidak mengikut gaya seperti tahun-tahun lalu, garang menyerang seperti harimau!" kata Encik Hazwan.

"Persembahan pasukan negara kurang meyakinkan, kalau bermain begini ketika berdepan pasukan Timur Tengah nanti, teruklah jadinya. Pastikan ada penambahbaikan," kata Zainal Aiman.

Skuad kebangsaan bakal berdepan Lubnan dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di venue sama pada Ahad nanti selepas pasukan itu menewaskan juara bertahan, Tajikistan.

Kemenangan dalam perlawanan akhir nanti sudah tentu dapat menaikkan lagi kedudukan negara dalam ranking FIFA dengan Harimau Malaya kini berada di tangga 134. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram