SEBUT sahaja nama bintang bola sepak Indonesia, Pratama Arhan, pasti ramai yang mengenalinya dengan kualiti atas padang lagi-lagi prestasi cemerlangnya bila menyarung jersi skuad Sang Garuda bagi tugasan antarabangsa.
Nama Arhan bagaimanapun kali ini menjadi topik perbincangan penyokong mengenai isu luar padang apabila isterinya iaitu Azizah Salsha didakwa berlaku curang terhadap pemain Suwon FC itu.
Azizah didakwa berlaku menjalinkan hubungan sulit dengan Salim Naudrer yang merupakan kekasih rakan baiknya sendiri, Rachel Vennya. Lebih mengeruhkan keadaan apabila muncul sebuah video lucah memaparkan wanita mirip Azizah.
BACA LAGI: Tak sepadu Ramon, peledak baharu Sabah FC diharap tak senasib Embalo
BACA LAGI: Bekas pemain JDT mahu final Piala FA jadi landasan erat hubungan baik penyokong
Selepas sehari mendiamkan diri tanpa memberi sebarang kenyataan, Azizah yang juga merupakan penyanyi dan personaliti media sosial itu tampil menceritakan hal sebenar mengenai perkahwinannya.
“Rumah tangga kami dalam keadaan baik buat masa sekarang," katanya ringkas menerusi hantaran Insta Story yang mana turut dimuat naik semula oleh Arhan di platformnya sendiri.
Untuk rekod, Arhan melangsungkan pernikahan bersama Azizah pada Ogos 2023.
Melihat keadaan Arhan yang sedang diuji dengan masalah rumah tangga itu, ramai mempersoalkan sama ada bek kiri itu sesuai untuk dipanggi menyertai aksi pertama Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026 pada 6 dan 10 September 2024.
Tangkap layar Insta Story Arhan.
Ada yang berharap agar Shin Tae-yong mempertimbangkan keputusan sama ada menyenaraikan atau menggugurkan Arhan menjelang pertemuan menentang Arab Saudi dan Australia.
Pemain berusia 22 tahun itu antara watak utama membantu skuad kebangsaan Indonesia mara buat kali pertama ke perlawanan pusingan 16 terakhir pada kempen Piala Asia 2023 awal tahun ini.
Bermain di posisi pertahanan kiri, Arhan dilihat aktif menyerang hingga kelincahannya di padang boleh menggugat benteng pertahanan lawan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook,