Syamer dedikasikan gol Pestabola Merdeka buat insan tersayang


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Syamer beraksi cukup baik buat skuad kebangsaan yang menyaksikannya diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan. — Facebook/FAM

PEMAIN tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba menjadi watak utama ketika separuh akhir Pestabola Merdeka menentang Filipina apabila menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa pertama.

Dia yang menerima hantaran Feroz Baharudin di luar kotak penalti melepaskan rembatan deras untuk menewaskan penjaga gol lawan, Neil Etheridge beberapa minit sebelum babak pertama tamat.

Sumbangan itu menyaksikan tonggak pinjaman Penang FC itu diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan dengan semangat juang dipamerkan sepanjang 90 minit permainan cukup penting buat pasukan negara.

BACA LAGI: Tak ramai tak apa, Bukit Jalil bergema sorak kemaraan HM ke final Pestabola Merdeka

BACA LAGI: 'Ada tak kena', Harimau Malaya didesak tingkatkan persembahan jika mahu benam Lubnan

458324436_1218666085873292_4821919484420419054_n

Syamer (kiri) selepas menjaringkan gol penyamaan buat Harimau Malaya. — Facebook/FAM

"Perasaan cukup baik dapat dirasakan apabila kami dapat memberikan kemenangan buat Pau Marti Vicente dalam perlawanan pertamanya. Saya juga teruja untuk menjaringkan gol yang saya dedikasikan buat bapa saya yang akan menyambut hari lahirnya tidak lama lagi.

"Ia bukanlah satu perlawanan sempurna buat kami. Pasukan ini melakukan sedikit perbezaan dan kami cuba untuk memahami taktikal pasukan yang akhirnya membuahkan hasil. Jadi, kami amat gembira dengan kemenangan ini," katanya.

Jaringan Syamer itu dimanfaatkan sebaiknya oleh skuad kebangsaan apabila asakan bertali arus pada separuh masa kedua menghasilkan gol menerusi sepakan penalti Safawi Rasid.

Kedua-dua gol tersebut menyaksikan Harimau Malaya meraih kemenangan 2-1 untuk menempah slot dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka dengan mereka bakal berdepan Lubnan pada Ahad ini.

458421726_1218697432536824_4233449828832575121_n

Harimau Malaya layak ke perlawanan akhir Pestabola Merdeka. — Facebook/FAM

"Walaupun kita ketinggalan, kami terus bersikap tenang kerana tahu masa berpihak kepada kami yang sekali gus membolehkan kami berasa tenang. Kami mengambil peluang itu sebaik mungkin.

"Perlawanan akhir menentang Lubnan akan jadi lebih mencabar. Tetapi, kami akan cuba mengubati kekecewaan yang dirasai pada edisi yang lalu," katanya.

Dalam beberapa tahun-tahun kebelakangan ini, Syamer sering bergelut dengan isu kecederaan sehingga menyaksikannya tersisih dalam kebanyakan perlawanan.

Bagaimanapun, musim ini, pemain berusia 26 tahun berkenaan kembali ke tahap terbaiknya bersama skuad Harimau Kumbang setelah tiba di kelab Utara tanah air tersebut secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim.

Pemain berkenaan sudah tentu diharapkan dapat beraksi dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka dengan kebolehannya mematahkan serangan amat diperlukan skuad kebangsaan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram