Arif Aiman, Matt Davies sampai tercungap-cungap kejar, fans mahu Gergasi Merah sign 'Messi Filipina'


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Selangor wajar membawa masuk bek tengah Filipina, Tabinas bagi membantu mengukuhkan benteng pertahanan skuad kendalian Nidzam Jamil. — Facebook/Selangorfc

MALAYSIA menepati ramalan selepas berjaya melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Piala Pestabola Merdeka 2024 edisi ke-43 kali ini.

Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Malaya berjaya ke pentas akhir dan akan berdepan Lubnan, Ahad ini.

BACA LAGI: Makin kritikal, tak cukup boikot latihan, khabarnya pemain nekad tinggalkan Sang Kenari

BACA LAGI: Cuba pertahan emas powerlifting Paralimpik, Bonnie waspada ancaman peserta Mesir, Itali

WhatsApp Image 2024-09-06 at 12.35.11 (1)

Arif Aiman (kanan) dilihat bergelut untuk melepasi pemain pertahanan Filipina, Tabinas. — Facebook/FAM

Bagaimanapun, beberapa pemain The Azkals berjaya mencuri tumpuan penyokong tanah air selepas tampil cemerlang dalam perlawanan tersebut antaranya nama bek tengah Filipina, Jefferson Tabinas.

Pemain berketinggian 1.82 meter itu kini mencuri tumpuan penyokong Selangor FC khususnya kerana dilihat sebagai pemain yang berpotensi untuk membantu Gergasi Merah ketika ini.

Beraksi bersama Filipina, Tabinas yang berusia 26 tahun itu antara pemain paling aktif di posisi kiri untuk naik membantu bahagian serangan meskipun dia seorang pertahanan.

Dalam pada itu, Tabinas merupakan individu tepat untuk membantu mengukuhkan benteng pertahanan Selangor yang dilihat mudah ditembusi pihak lawan.

Meninjau ruangan komen, rata-rata 'ekor' Gergasi Merah bersetuju sekiranya pihak pengurusan Selangor FC membawa masuk pemain kelahiran Filipina itu.

Malah, ada juga yang memuji persembahan yang ditampilkan oleh Tabinas apabila mudah melepasi tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) iaitu Matthew Davies dan Arif Aiman Hanapi.

"Jefferson Tabinas mungkin boleh jadi calon dan solusi pemain bek kiri serta bek tengah untuk Selangor sebagai kuota ASEAN.

"Dia bermain sangat baik, fizikal keras dan pantas turun naik membantu pertahanan dan serangan," kata Unknown.

"Ni aku sokong Selangor sign, Arif Aiman pun nampak susah nak lepas dari dia, bukan setakat susah nak lepas, tapi langsung tak lepas," kata Alfonso Pareira.

"Tabinas ni ada kelebihan kucar-kacirkan pertahanan JDT, Matt Davies pun nampak tercungap-cungap nak kejar," kata Rajes Bala.

"Laju dia ni, aku sokong Selangor sign untuk kuota import ASEAN," kata Akef Qiff Ismail.Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram