'Messi Filipina', Jefferson Tabinas antara 3 pemain wajar disambar kelab Liga Super


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Kesebelasan utama Filipina ketika ditewaskan oleh Malaysia pada Rabu.

MALAYSIA berjaya melangkah ke pusingan akhir Kejohanan Piala Pestabola Merdeka 2024 edisi ke-43 pada kali ini.

Harimau Malaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Filipina 2-1 dalam aksi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Rabu.

Kemenangan itu menyaksikan pengendali skuad negara, Pau Marti Vicente lulus ujian sulung, sekali gus membawa Harimau Malaya ke pentas akhir dan akan berdepan Lubnan, Ahad ini.

BACA LAGI: 'Ada pemain dah buat aduan', PFAM akan beri notis buat KDA FC

BACA LAGI: [VIDEO] Sejak awal musim bukan 'centre back', adakah Pau Marti bijak guna Dion Cools?

Pengendali dari Sepanyol itu kini berpeluang untuk mengatasi pencapaian bekas bosnya, Kim Pan Gon sekiranya berjaya menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024.

Namun kemenangan Harimau Malaya ke atas Filipina itu ada beberapa pemain The Azkals yang tampil cemerlang dalam perlawanan itu.

Majoriti senaraikan tiga pemain Filipina yang wajar direbut oleh kelab Liga Super untuk memperkuatkan pasukan pada jendela perpindahan kedua yang sudah dibuka:

1. Jefferson Tabinas

Dilahirkan di negara Matahari Terbit, Jefferson Tabinas membuktikan kenapa dia layak untuk berada dalam kesebelasan utama Filipina ketika menentang Malaysia pada Rabu.

Menjaringkan gol sagu hati hasil rembatan deras ke gawang gol Malaysia sebelum terbias terkena Feroz Baharudin.

Tabinas antara pemain paling aktif di posisi kiri untuk naik membantu bahagian serangan meskipun dia seorang pertahanan.

Pemain berusia 26 tahun yang pernah mewakili kelab-kelab gergasi Jepun itu turut berjaya mengekang asakan bintang Harimau Malaya seperti Arif Aiman Hanapi.

2. Dylan Demuynck

Kecil bukan sebarang kecil, Dylan Demuynck menjalankan tugas yang baik ketika melakukan serangan ke arah kubu pertahanan Harimau Malaya.

Pemain yang beraksi di Liga Belgium itu juga mempunyai larian pantas menewaskan pertahanan skuad kebangsaan dan hampir menjaringkan gol sebelum diselamatkan oleh Syihan Hazmi.

Corak permainan Dylan yang mirip bintang Argentina, Lionel Messi itu boleh menjadi aset masa jangka panjang buat kelab Liga Super kerana dia baru berusia 20 tahun.

3. Bjorn Martin Kristensen

Pemain ini mungkin tidak begitu menyerlah seperti Tabinas dan Dylan semasa ditewaskan Harimau Malaya.

Namun keberadaannya dalam kotak penalti atau di kawasan serangan menjadi nadi utama kelancaran skuad bimbingan Norman Fegidero untuk mencari gol awal.

Beraksi di Liga Norway, Kristensen membawa pengalaman di Eropah untuk mengemudi barisan tengah Filipina.

Namun begitu, ketumpulan barisan serangan Filipina menyukarkan Kristensen untuk mencipta nama selaku 'assister' buat The Azkals. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram