Gelora tak sudah, masalah jurulatih bawah par pula kini hantui Sang Penyu selepas skandal atur perlawanan ternoktah


  • Podium
  • Jumaat, 06 Sep 2024

Sharbinee didakwa terlibat dalam skandal atur perlawanan Terengganu pada 2012, namun bekas penjaga gol kebangsaan itu sedia disiasat ketika itu.

SABAN tahun, kem Terengganu FC sentiasa berdepan masalah yang mencabar mereka baik di luar atau dalam padang.

Cuma musim ini, mereka dilihat sebagai kelab yang lebih stabil baik dari segi persembahan dalam padang atau pengurusan di luar padang.

Namun begitu, satu masa dulu, Terengganu pernah dilanda permasalahan hingga melibatkan campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

BACA LAGI: [VIDEO] 'Kembalikan yang asal', 'Mat Saleh' dikecam gatal tangan edit logo Terengganu FC

BACA LAGI: Cemerlang bersama Terengganu FC, Akhyar Rashid tanya Eyka Farhana ‘kita bila lagi?’

Sekitar 12 tahun lepas, pihak SPRM pernah memanggil beberapa pemain Terengganu akibat dakwaan wujudnya unsur atur perlawanan dalam aksi Piala Malaysia bertemu Kedah Darul Aman FC.

Antara nama yang dipanggil membantu siasatan ketika itu adalah penjaga gol Sharbinee Allawee Ramli. Bekas penjaga gol kebangsaan itu dikatakan menjadi punca kenapa Terengganu tidak mendapat tiga mata penuh apabila melepaskan gol untuk membolehkan Kedah menyamakan kedudukan.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Selain Sharbinee, SPRM turut memanggil Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) ketika itu iaitu Datuk Che Mat Jusoh serta beberapa pemain dan pegawai Terengganu yang lain.

Bagaimanapun, kes tersebut kemudiannya ditutup dengan tiada sebarang unsur perlawanan dapat dikesan daripada perkara yang terjadi.

Melangkah ke hari ini, Sharbinee sudah lagi tidak bersama Terengganu dengan dia dilaporkan tidak lagi bersama mana-mana pasukan.

Gelora atur perlawanan melibatkan Terengganu juga sudah berakhir kerana mereka kini dianggap antara kelab stabil di Malaysia. Jarang untuk mendengar kem Terengganu mempunyai terutamanya berkaitan gaji, apatah lagi skandal atur perlawanan.

Namun sekarang, mereka berdepan jurulatih yang beraksi di bawah par iaitu Tomislav Steinbruckner. Beberapa keputusan yang tidak baik dicatatkan Terengganu menyebabkan sudah timbul desakan untuk pengendali itu disingkirkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram