Cemerlang bersama Terengganu FC, Akhyar Rashid tanya Eyka Farhana ‘kita bila lagi?’


  • Podium
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Akhyar dan Eyka umum diketahui orang ramai sedang menjalinkan hubungan cinta.

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Muhammad Akhyar Rashid seolah-olah memberi bayangan mahu menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Eyka Farhana selepas meninggalkan komen di Instagram milik pelakon wanita itu.

Akhyar yang kini beraksi bersama Terengganu FC umum diketahui sedang menjalinkan hubungan cinta bersama aktres yang membintangi filem box-office Polis EVO 3.

Dalam posting terbaharu dimuat naik Eyka semasa menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga yang turut ditemani Akhyar mendapat perhatian pemain bola itu sendiri.

BACA LAGI: Habib Haroon ucap selamat tinggal, bakal kembali ke Liga Bahrain

BACA LAGI: 'Jual tak untung, simpan tak rugi', fans labelkan Sumareh barang 'vintage' JDT

Di ruangan komen hantaran Eyka, pemain kelahiran Kedah itu meninggalkan komen 'kita bila lagi?' berserta emoji menutup muka.

Tidak meninggalkan Akhyar berseorangan di ruangan komen, pelakon wanita itu juga memberi bayangan tidak lama lagi akan mendirikan rumah tangga bersama pemain berusia 25 tahun itu.

"Akhyar Rashid hehe coming soon, Insya-ALLAH."

Komen berbalas dua pasangan sejoli itu mendapat respons yang positif daripada orang ramai apabila rata-rata mereka mendoakan agar niat baik Akhyar dan Eyka dipermudahkan dengan segera.

"Eyka Farhana semoga dipermudahkan segala urursan," kata Linnjerr.

"Wahhh ada bau-bau nasi minyak ini," ujar Dyanaathiera.

"Semoga dipermudahkan! Aminnn saya tak boleh tunggu," jelas Ainsatar.

Sebelum ini, Eyka sering dilihat hadir ke stadium bagi menyokong Akhyar dengan menggayakan jersi pemain kebangsaan itu.

Pelakon wanita berusia 29 tahun itu juga dilihat terbang ke Qatar bagi memberikan sokongan buat kekasih hatinya yang mewakili Harimau Malaya dalam kempen Piala Asia 2023 awal tahun ini.

Untuk rekod, Akhyar musim ini telah beraksi dalam 11 perlawanan bersama Terengganu dan telah menjaringkan dua gol serta satu 'assist'. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram