[VIDEO] 'Kembalikan yang asal', 'Mat Saleh' dikecam gatal tangan edit logo Terengganu FC


  • Podium
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Logo direka oleh Harry (kiri) berbanding lencana rasmi skuad TFC.

TINDAKAN seorang pereka grafik 'Mat Saleh' dari luar negara yang mengolah logo rasmi Terengganu FC mendapat reaksi negatif daripada penyokong Sang Penyu sendiri.

Menerusi hantaran Instagram @harrynyeillustrations telah menggunakan bakatnya untuk mengubah logo Terengganu yang sudah sinonim dengan penyokong kelab Pantai Timur itu.

Harry yang mendapat permintaan daripada seorang individu terus mencari maklumat tentang Terengganu di internet sambil mengubah sepenuhnya logo Sang Penyu.

BACA LAGI: Ada yang jadi duta kelab La Liga, ketahui nasib ex coach JDT lepas julang trofi bersama Harimau Selatan

BACA LAGI: 'Yakin 75% Pestabola Merdeka milik Harimau Malaya, ketiadaan UM beri kesan suram'

Individu itu meletakkan ombak sebagai latar belakang logo disertakan penyu dengan mengekalkan warna asal iaitu hitam dan putih.

Pereka grafik itu turut mengaplikasikan logo itu ke dalam bentuk jersi sebagai contoh jika pihak pengurusan mahu menggunakan reka bentuknya itu.

Namun, usaha Harry tidak mendapat sambutan positif daripada penyokong selepas mereka beranggapan logo asal lebih baik.

"Logo asal sudah baik." kata @rahmatmaarof.

"Logo asal sebenarnya diambil daripada cengkerang penyu, saya bukan penyokong Terengganu tapi nak dibandingkan dengan design awak, saya rasa original lebih baik," jelas @project_7464r.

"Nampak macam logo agensi pelancongan," ujar @enjoywongphoto.

"Makin buruklah pula," luah @noitpippo.

Harry juga sempat 'mention' Terengganu agar reka bentuk logonya itu mendapat perhatian pihak pengurusan Sang Penyu.

Selain Terengganu, Harry juga ada mengolah beberapa kelab negara jiran antaranya Persija Jakarta, Persib Bandung dan pasukan di Eropah.

Logo yang diguna pakai oleh pihak pengurusan Terengganu ialah hasil rekaan dan undian penyokong pada 2018 selepas pasukan itu ditransformasikan sebagai kelab swasta. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram